Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

Bab 5

“It has been so long, ‘kan Fiq? Dah lama sangat kita tak duduk makan semeja, berbual – bual macam ni.”
Syafiq tersenyum tawar membalas kata – kataku. “Kita masing – masing ada komitmen, Zana. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Banyak yang dah berubah, tak mungkin kita dapat kembalikan masa lalu yang dah berlalu. Lagipun, Rina...”
“Takpelah, Fiq. Aku memang dah boleh hafal skrip kau tu,” sindirku terus – terang.
“Zana, kau suka tuduh aku melulu macam ni,” protesnya. “Sebagai suami, aku hormati perasaan dia. Aku tak naklah dia misunderstood dengan hubungan kita. Walaupun kau kawan baik aku, tapi kita dah tak boleh rapat macam dulu lagi. Biarlah semua itu tinggal kenangan manis yang takkan kita lupakan sampai bila – bila. Antara aku dan kau, ada Rina dan sekarang dia adalah keutamaan aku. Keadaan dah tak sama macam dulu lagi!”
“Oh, even aku ni, sahabat baik kau yang dah lama berkawan dengan kau dah lebih 17 tahun pun tak boleh nak percaya lagi? Aku dah bosanlah, Fiq. Kau janji dengan aku dulu...walau apa jadi sekalipun kau takkan tinggalkan aku. Kau tak akan ketepikan aku untuk sesiapa pun. Kau mesti dah lupa, ‘kan! Mana janji kau dulu? Logiknya, Rina kenal aku sebagai bestfriend kau sejak mula lagi. Kenapa mesti dia jealous? Kenapa nak misunderstood? Aku hadir dulu dalam hidup kau sebelum dia. Kalau cintakan kau, dah lama aku tackle kau sebelum dia, tau! Kenapa mesti jadi bodoh sangat sampai nak pertikai benda – benda remeh?” luahku kesal.
“Is this what both of you call love? Cemburu buta tak tentu hala, meragui kesetiaan masing – masing sampai korbankan life sendiri... Kau happy ke hidup berpura – pura macam ni?” semua yang tersimpan di hati kuluahkan.
“Kau marah, Zana?”
“Buat apa aku nak marah, Fiq. Aku kesal, kenapa kita mesti jadi macam ni, aku sayang friendship kita. Yelah, takde orang lain yang rapat dengan aku macam kau. Tipulah kalau aku cakap aku tak ingat kat kau langsung,” ringkasku. “I really miss those good old days...”
“Happy atau tak, aku dah pilih jalan hidup aku macam ni, Zana. Entah, aku tak tahu nak jawab macam mana soalan kau tu. Bukan tak ingat kat kau, macam kau cakap la, ‘kan, aku pun takde member kamceng selain kau, tapi masa dan keadaan tu dah ubah hidup aku. Nak tak nak, inilah hidup aku sekarang, I just follow wherever it leads,” jawapan Syafiq cukup mengecewakanku. Dia seolah hilang daripada dirinya sendiri.
“You’re talking without thinking, aren’t you? Aku pun dah tak kenal kau lagi dah sekarang ni. Apa hal lah yang kau merepek ni!” aku pura – pura ketawa. Tiada apa yang melucukan cuma aku perlu mewujudkan suasana yang lebih cool antara kami. Keadaan sudah menjadi terlalu tegang sejak pertemuan di HKL dulu dan aku perlu kendurkannya.
Syafiq sekadar tersenyum.
“Sudahlah, lagipun aku datang bukan nak mempersoalkan pasal friendship kita ni. Aku tak datang sini sebagai kawan kau. Aku datang sebagai doktor untuk consult kau, okey?
“So, anything I can help?
“Laa, nak kena terang jugak ke?” Syafiq mengangguk sebagai jawapan untukku. “Okay, my first question. Apasal tak datang appointment dengan Kamil?”
“Well, aku dah agak kau nak tanya aku soalan tu...”
“Ni, nak tanya la, awat yang susah sangat nak pi hospital ha, chek?” rasa bahagia bila Syafiq tertawa melihat aku cuba mengajuk loghat utara.
“Hei,mana kau belajar ni, hah? Nak ajuk loghat utara tapi sebut pun tak betul. Apa la!”
Aku tersenyum kecil. “Entah, aku belasah aje. Member aku ada sorang orang Kedah, aku dengar dia cakap. Ada la bunyi – bunyi macam tu. Kira okeylah tu. Okay, back to my question.”
“Syazana, everything were so complicated. Aku nak pergi, tapi kalau nak berulang – alik dari rumah tu jauh. Lagipun, kalau aku selalu sangat turun KL, Rina mesti expect something jugak ‘kan.”
“Hmm, maybe Rina akan expect. Tapi itu kalau selalu kau turun KL. Ini sekali pun tak pernah, apa kes?” bidasku.
“Aku sibuklah,” dalih Syafiq lagi.
“Takkan kau sibuk sampai tak balik KL, jenguk mak kau. Tak boleh singgah kejap ke?”
“Aku...”
“Ni perangai lama lagilah ni, tak suka pergi hospital. Dulu bolehlah kau nak buat perangai budak – budak. Sekarang masa tu penting, Fiq. Kamil dah plan semua step rawatan kat kau. Lagi lama kau biar, lagi teruk. Pergilah, Fiq,” pujukku.
“Untuk apa, Zana? Supaya aku boleh dapat tahu, bila aku nak mati?”
“Syafiq, sakit tu ujian Allah untuk kita. Dia nak uji kita sebenarnya so, kita kenalah sabar, usaha untuk sembuh. Hidup atau mati, itu kerja Tuhan. Kalau takdir kita nak mati, tak sakit pun boleh mati. Tapi, kita kena berusaha. Come on,” aku cuba memberikan semangat pada Syafiq.
“Malaslah, biarlah aku enjoy hidup ni puas – puas. Entah berapa lama lagi aku dapat tengok semua ni, Zana,” Syafiq merintih.
“Fiq, listen. Kalau kau tak nak buat untuk aku atau diri kau sendiri pun, buatlah untuk mak kau dan Rina. Kasihan Rina, Fiq. Dia tanggungjawab kau, tapi kau tak betul – betul bertanggungjawab kat dia. One more thing, kau tak ingat mak cik ke, Fiq? Kau sorang je yang dia ada. Kalau kau tak ada, siapa nak jaga dia, Fiq?” Syafiq terdiam mendengar kata kataku.
“Pergilah, kita berusaha, okey? Aku sendiri yakin kau boleh sembuh, macam mana kau boleh nak surrender awal ni?” pujukku.
Sesuatu yang sangat kufahami tentang dia ini ialah sifat manjanya. Walaupun keras diluar, ego, tapi ada kalanya dia mahu dipujuk dan dimanja. Lega hatiku melihat Syafiq mengorak senyum.
“Thanks, Zana. Kau tetap macam dulu, kawan aku yang paling baik.”
“Ha, sekarang baru kau tau, ekk. Tulah, rugi kalau kau tak appreciate aku...” usikku.
“Mulalah tu, nak perasan. Itu pasallah aku malas nak puji kau lebih – lebih,” kami ketawa.
“Okaylah, mission accomplished. Aku tak boleh lama, actually. Nak kena drive balik KL hari ni jugak. Kalau lambat karang sampai malam. Jumpa nanti, ye,” aku meminta diri. Syafiq sekadar mengangguk.
“Kita jumpa nanti, bila aku turun KL, okay?” kami berpisah di Plaza Angsana itu. Pertemuan yang cukup menggembirakan hatiku.



“Hoi!” sergah Syafiq. Pagi-pagi lagi Amir sudah tercegat di kedai mamak untuk breakfast. Syafiq menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ish, apalah kau ni. Buat aku terkejut je,” Amir tersentak. Syafiq ketawa.
“Takde, bukan saja nak bagi kau terkejut tapi aku tengok kau ni, pagi – pagi lagi dah termenung jauh. Mengelamun sampai ke mana dah. Ha, aku tau kenapa kau macam ni. Sangkut ngan awek mana malam tadi?” sapa Syafiq separuh bergurau. “Boleh aku join?”
“Ish, tak payahlah sopan - santun sangat ngan aku. Macam tak biasa pulak!” tempelak Amir. “Nak duduk tu, duduk ajelah. Ni tempat public.”
“Bukan aku tak biasa, kau tu yang tak macam biasa. Ada problem ke, Mir? Kalau kau beritahu aku ‘kan senang. Tak payah tension.”
“Ish, payah nak cerita ni. Ni bukan problem biasa ni. First time aku alami, kau tau tak?”
“Yelah, apa problemnya. Cerita pun belum, macam mana aku nak tau?”
“Okey, tapi kau janji jangan gelakkan aku.”
“Okey.”
“Takde, ni awek punya problem la...” balas Amir serius.
“Ha, aku dah agak dah tadi,” Syafiq tergelak besar. “Huh, tak sangka, dalam dok kontrol macho pun termenung gak pasal awek, ekk. Cewah... bunga – bunga cinta...” Syafiq mengajuk lagu Bunga – Bunga Cinta nyanyian Misya Omar.
Amir geram. “Woi, kau ni hantu, ah! Tadi dah janji tak nak gelakkan aku. Malas nak cerita kat kau macam ni!”
“La, takkan marah, beb! Rileks, aku mintak maaf, key? Tapi aku bukannya sengaja, rasa luculah bila kau layan cintan ni.”
“Hah, jangan heboh kat office pulak. Karang tak pasal – pasal heboh, aku cari kau, ye.”
“Don’t worrylah, kawan,” Syafiq menepuk – nepuk bahu Amir. “Kau memang cerita problem kau pada orang yang betul. Ini Syafiqlah, mahaguru segala Romeo dalam dunia ni, tau?”
“Hah, yelah. Pandailah kau. Eleh, kau dapat kahwin awal dari aku pun kira nasib tau. Kalau nak diikutkan, aku lagi handsome,” balas Amir. Mereka sama – sama ketawa.
“Kalau kau handsome maknanya semua beruk dalam dunia ni handsome, tau tak?”
“Mangkuk ayun kau. Celaka punya member. Kau kata muka aku macam beruk?” penumbuk Amir singgah di lengan Syafiq. Syafiq mengaduh sakit tapi, biasalah lawak dua orang ‘boss’ ni. Nampak kasar tapi itulah cara mereka. Kalau dah ketawa tu, boleh tak ingat dunia.
“Hah, apa cerita?” soal Safiq dalam sisa tawanya. Dia mengesat air mata akibat terlalu banyak ketawa.
“Eii, kau ni betullah. Aku tengah berserabut macam ni, kau sampai hati gelakkan aku sampai berair mata kau. Ingat aku tengah buat lawak ke apa?”
“Ekk, eleh. Aku gelak tak boleh. Kau gelak tadi takpelah?”
“Okey, okey. Dah.”
“Eh, kau ni nak cerita ke tak ni? Kau ingat company ‘big boss’ kita tu bapak mertua kau punya ke?” Syafiq membalas. “Sekali kantoi masuk lambat, tak berasaplah dapur rumah. Silap – silap, tidur kat masjid, datang office nak bas kot!” guraunya lagi.
Amir tesenyum nipis.
“Sebenarnya, aku ada minat dengan sorang awek ni. Dia orang KL. Aku kenal dia time aku turun KL nak jumpa ex – classmate aku dulu, Fauzzi. This girl kerja under Fauzzi tu. Time aku nak pegi jumpa Fauzzi, dia ada sekali. Saja aku jeling – jeling sikit nak tengok dia. Lebih – lebih segan pulak. Itu pun kitorang tak bertegur – sapa langsung. Tapi Fauzzi terperasan yang aku asyik tengok kat awek tu. So, lepas dia blah, Fauzzi pun introduce la aku kat awek tu secara tak rasmi...”
“Apa yang tak rasmi?” pintas Syafiq.
“La, betullah kau ni. Maksudnya, dia ceritalah kat aku pasal pompuan tu. Dia tu macam mana... Solo lagi ke tak... Okey tak okey...”
“Lepas tu?” soal Syafiq tidak sabar.
“Lepas tu, aku try sendirilah, make the first move. Aku pun tak tahu entah macam mana boleh timbul idea ni. Aku saja pergi langgar kereta dia, konon – kononnya kami kenal secara tak disengajakan. Yang syoknya, dia tak cam aku. Yang tak syoknya pulak, kopaklah duit aku bayar bil repair kereta dia. Kereta sport pulak tu. Dipendekkan cerita, lepas kenal tu, kitorang terus jadik kawan. Dan tak lama lepas tu, aku ajak dia serius, tapi dia nak kami kawan biasa dulu.”
“Wah, hebat kau, ye? Macam filem hindustan dah. Tapi okeylah tu, at least dia tak reject kau terus, ‘kan. Mir, cun ke awek kau tu? Ke wife aku cun lagi?”
“Kau ni bercakap macamlah kau kahwin dengan Miss Universe. Actually, dia ni cun jugaklah, tapi aku rasa dia lebih kepada sweet. Sweet sangat. Pendek kata, aku sukalah tengok muka dia. Bila aku tengok dia, aku rasa tenang je. Bila dia senyum pulak, aku rasa happy aje. Bila aku tengok di makan, aku rasa kenyang aje. Bila aku...”
“Oppp... oopp... oopp... Banyaklah kau punya ‘bila’! Kalau dah minat sangat, kahwin aje. Senang cerita. Lagipun, apa lagi kau nak tunggu. Kau tu bukan setakat dah Maghrib, dah nak terlajak masuk Isyak dah pun. Kau jangan lama – lama sangat, karang ada orang lain sambar, tiga minggu kot kau makan biskut kering cicah teh ‘o’! Hah, nak tunggu apa lagi? Ke kau ni...”
“Wei, bagi peluang kat aku nak cakap sampai habis boleh tak? Kau belum dengar sampai habis lagi cerita aku, dah nak memandai. Main serkap jarang aje,” protes Amir.
“Yelah, yelah. Aku jugak yang tak kena. Hah, sambung...”
“Aku dah berterus – terang kat dia tentang apa yang aku rasa tapi dia dah ada orang lain, Fiq. Aku tak sangka betul.”
“Maksud kau, dia dah ada pakwe, tapi still bagi kau harapan? Macam tu?” balas Syafiq geram.
“ Hah, inilah yang paling aku pantang sekali. Pantang tujuh keturunan aku, tau dengan perempuan spesies macam ni! Apa dia ingat dia cun sangat ke nak mainkan orang?” marahnya.
“Bukan macam tu, Fiq.”
“Habis?
“Hati dia tu, hati dia ada pada orang lain. Dia sukakan orang lain, bukan aku,” luah Amir kecewa.
“Maksud kau, dia single tapi dah ade admire orang la?”
Amir mengangguk. “Masalahnya, dia suka kat kawan baik dia. Diorang kawan dah lama, sejak sekolah dulu lagi tapi kawan lelaki dia tu anggap biasa aje. Lelaki tu pun dah kahwin dengan orang lain.”
“Hmmm, kalau macam tu, dia kenalah belajar melupakan lelaki tu dan beri kau peluang.”
“Dia dah beri aku peluang, tapi sampai hari ni, aku tetap tak dapat buat dia jatuh cinta kat aku. Yelah, aku baru muncul dalam hidup dia sedangkan dia dah sukakan lelaki tu berbelas tahun, Fiq. Tak semudah tu untuk dia berubah hati. Susah nak buat dia lupakan lelaki tu. Sampai sekarang ni, aku masih tak tahu kat mana aku dalam hati dia. Kalau dia tetap tak dapat terima aku...”
“Rumit sungguh kisah kau ni, Mir!” Syafiq menepuk dahi. “Takpelah, bunga bukan sekuntum. Tu secretary kau, si Abby tu, kau tak nak try ke? Not bad la... cute jugak. Kau pun bukannya sehari dua kenal dia. Aku nampak kau macam ada chemistry la dengan dia. Orang kata, panjang jodoh, kau tau tak?” sambung Syafiq.
Amir menahan geram.
“Aku malas betullah cakap dengan kau. Banyak merepek. Geramlah!”
“Aikk, apasal lak kau nak geram kat aku ni?”
“Yelah, aku tengah cakap pasal orang lain, yang kau pergi melalut sampai ke Abby tu apahal?”
“Eh, betullah apa yang aku cakap. Ada chemistry apa...”
“Chemistry kepala hotak kau! Ei, kau ni ‘kan, memang langsung takde tokoh nak nasihatkan aku. Mahaguru segala Romeolah kononnya, kau sepatutnya tahu, Abby tu dah bertunang. Betul punya lembablah kau ni. Sekali tunang dia hempuk kepala aku dengan helmet, tak ke gila aku dibuatnya?” luah Amir melepas geram.
Syafiq tertawa.
“Woi, janganlah blame aku! Manalah aku tau dia tu dah bertunang. Kau tak pernah cakap pun,” Syafiq cuba membela diri.
“Aku pun tak tahu, tapi pernahlah aku terserempak dengan orangnya. Dia selalu hantar dan ambil Abby balik kerja. Tak taulah macam mana orangnya, tapi aku dengar budak-budak office tulah bergosip. Biasalah, macam kau tak kenal Fizoh tu, asal ada hot gossip aje, dialah yang mula-mula sekali tau kat office tu. Dia cerita kat aku, tunang Abby tu geng bikers yang famous gak kt JB ni,handsome, ada iras-iras hero Winter Sonata tu, apa nama hero tu... hah? Jun Sang kot kalau aku tak silap. Haa, itulah yang si Fizoh tu beritahu aku. Nak harapkan Abby beritahu semua ni, hmm, mimpi ajelah. Kau macam tak tau dia tu pemalu sikit. Merepek aje kau ni.”
“Aisey, aku baru aje ingat nak match-make ‘kan kau dengan dia. Hempph... masuk angin keluar asap...”
“Dah la, Fiq, simpan aje niat baik kau tu. Kalau Abby tu solo lagi pun aku tak nak. Selama ni aku dah anggap dia macam adik aku.”
“Abis kau nak tunggu jugak?” soal Syafiq lagi.
“Nantilah, aku tak habis cakap lagi...”
“La, macam dramalah kau ni. Kejap drama, kejap commercial break...”
“Kau asyik potong cerita aku. Memang aku dah nekad, Fiq. Dialah yang terakhir dalam hidup aku sebab aku mungkin tak jumpa lagi orang yang sebegitu istimewa. Biarlah berapa lama pun. Aku nak tunggu sampai hati dia betul – betul terbuka untuk aku. Aku tak nak membina kebahagiaan atas bayang – bayang orang lain. Biarlah berapa lama sekalipun,” Syafiq terdiam mendengar kata – kata Amir.
“Mir, rasanya kau dah jumpa orang yang kau cari. Janganlah kau lepaskan dia, Mir. Kesetiaan dia pun kau boleh nampak melalui sikap dia tu. Dia tak mudah berubah hati. Susah nak cari perempuan macam tu, cuma lelaki tu aje yang bodoh. Kalau aku, aku akan cari dia balik. Aku takkan sia – siakan kesetiaan dia.”
“Woi, kau cakap tu baik – baik sikit. Kalau lelaki tu balik semula pada dia, kau nak suruh aku membujang sampai ke tua? Kau jangan Fiq, macam mana aku nak hidup tanpa dia...”
“Eleh, yang selama ni apa? Dah dekat 30 tahun, baru nak cakap tak boleh hidup tanpa dia?” perli Syafiq. Amir ketawa. “Kau nasihatkanlah dia, suruh dia lupakan aje tunggul kayu yang takde perasaan tu. Baik dia pilih kau yang baik hati lagi handsome ni, ye tak?”
“Kalau ya pun, janganlah perli aku sangat. Taulah aku ni tak handsome...”
“Tau takpe...” sambung Syafiq. Ketawa mereka pecah serentak.
“Oitt, stop dulu. Kau patut tengok jam. Dah lewat ni, jom. Lain kali sambung, karang punch card merah lagi...”

0 comments:

Post a Comment