nurhafizoh
Hihi..saja a nak update..ni hari ke-3 ddk kat NICU..alih2 ikut ward round,lunch,teaching,discuss2,gossip2 n etc..hehe..

best..

Smlm plak Hans dok sibuk cerita ada kwn Prof bg dia Peppermint Tea yg sedap.apa lg,aku mintak a 1 sachet.nk try test uji kata org..tgk sedap or x..

So hari ni dia pn bwk la..aku blk trus buat teh n tgh mnum lg ni.hehe..xabes2 lg.Sedap a..rasa fresh sbb kandungan Peppermint dia tu kot..hehe..


Bahagian depanBahagian BelakangAda lgi ni..nak??
Ni la keja kwn2 aku time lunch break
Yg ni plak sibuk bergosip
Aku gak yg semangat study (^.^)

N tgk baby =)

P/s : yes..next week nk g Kuantan tgk Damia smbil jln2 mit meine Familie =)
nurhafizoh
Haaa...ni 2nd day masuk NICU.okla,byk ikut ward round ja.skrg baru bleh byg keadaan sbnr Damia' time dia msk NICU..kira hebat a dia xpki CPAP (Continuous Positive Airway Pressure)...

Hmmm..kdg2 rasa mls pn ada nk explain every medical term..hahaha.jahat plak..satg org len xphm plak ssh~

OK..so kat NICU asyik ikut ward round,postnatal round buat neonatal screening,ikut doctor tgk buat procedures e.g heel prick technique..Mcm2 la..

Tp...

Kenapa aku mcm xberminat sgt posting Paeds though aku suka ja kanak2 ??

Haish, x serajin time Ortho ri2..huhu...Case write-up pn blum cari lg.nk cari cmna,dh 2 mnggu ddk NICU..skrg baru mggu ke-3.tp still xdak drive tu utk smgt study..Any suggestion cmna nk study paeds? Nota study grup pn melambak lg sbnrnya..haish~

~Kenangan~

OK a..nnt update len klu ada menda menarik happens.Satg pkl3.30 ada teaching psl Down's syndrome n Neonatal Screening.Nak kena baca dulu b4 teaching.Satg xleh jwb mampoih.Skrg dh pkl2.18~
nurhafizoh
“Hello. Assalamualaikum. Mir, ni mak ni.” Loghat Kedah pekat itu cukup dia kenali. Mak.
“Waalaikumussalam. Oh, mak! Mak sihat ke? Adik – adik macam mana?”
“Mak sihat. Adik – adik hang pun sihat. Hang macam mana?
“Mir sihat je, mak. Duit yang Mir kirim tu mak dah terima ke belum? Cukup tak, mak? Kalau tak cukup Mir boleh kirim lagi. Kalau tak cukup, mak habaq kat Amir, ye,” pesan Amir kepada ibunya. Begitulah tanggungjawab berat yang digalasnya setelah kematian bapanya. Tugas sebagai ketua keluarga terpaksa digalas kerana selaku anak sulung, hanya Amir harapan dan tempat bergantung mereka sekeluarga.
“Hang tak payah risau pasal duit tu semua. Taulah mak macam mana nak bajet duit tu. Yang hang bagi tu pun dah lebih dari cukup, Mir. Ni mak nak tanya hang ni, hang tak mau balik rumah ka? Lama dah hang tak balik jenguk adik – adik hang ni. Lagipun, mak ada hal sikit nak sembang dengan hang. Mak harap hang boleh balik hujung minggu ni. Boleh dak?
“La, mak ni. Amir tak sure lagi boleh balik ke tak. Kalau Amir busy, macam mana nak balik? Awat mak tak habaq awal – awal? Kalau tidak, bolehlah Amir confirmkan dengan bos. Apa yang penting sangat tu, mak? Tak boleh cakap dalam telefon ke?
“Ishh, budak ni. Nak sembang pasal jodoh hang. Bab – bab nikah kawin ni, mak kena cakap betul – betul dengan hang. Mana boleh cakap dalam telefon macam ni. Alah, hang balik sudah la. Hang bagitau kat boss hang tu, yang hang ni tak pasal – pasal jadi bujang terlajak, dialah yang puncanya! Macamlah kat pejabat tu hang sorang ja yang ada, semua kerja dia longgok kat hang. Hang ni sibuk kalah YB dah aku tengok. Orang kerja, hang pun kerja. Orang cuti, hang kena kerja jugak. Dah tu bila hang nak kawin?” Amir ketawa, lucu mendengar bebelan ibunya.
“Yang hang gelak ni awat? Mak tak melawak ni, Mir. Mak nak hang balik jugak, tau!”
“La, mak ni. Mir gelak sebab cara mak cakap tu lawak la. Amir rindu sangat nak jumpa mak. Lama tak makan asam pedas mak. Huh, mesti bestlah, mak!”
“Hmm, hang jangan nak ubah topik pulak. Hang ni kalau mak cakap pasal kawin ja, ada la segala mak nenek alasan hang bagi kat mak. Kali ni, mak nak bagi jadi jugak. Hang dengaq dak apa yang mak cakap ni?”
“Yelah, yelah. Nantilah kita cakap, ye mak. Okey, mak. Bye. Assalamualaikum...”
“Eh, Mir, Amir...” Klikk. Talian terputus.
Mak Leha sekadar menggelengkan kepala mengenangkan kerenah anak terunanya itu. Ada – ada saja alasannya. Pantang diajak berbual soal nikah kahwin, ada saja alasannya nak mengelak. Kalau berkeras jugak, sudahnya dia buat endah tak endah. Puas Mak Leha cadangkan sesiapa sahaja yang dia berkenan dihati tapi tetap hampa kerana anak terunanya itu sering menolak mentah – mentah.
Kali ini, Mak Leha sudah nekad. Wajah Suhaila, anak gadis rakan baiknya, Embun terbayang di ruang mata. Sudahlah cantik, bijak berpelajaran, lemah – lembut dan sopan pula. Ayu sekali bila bertudung.
‘Kali ni, Amir takkan menolak. Macam mana sekalipun, mak akan pastikan dia jadi menantu mak, Mir,’ hati kecil Mak Leha berikrar.



Hujung minggu itu, destinasi Amir, tak lain dan tak bukan, ke kampung ibunya, Kampung Teluk Malek, Jitra, Kedah. Dia pulang dengan hati yang menyimpan sejuta rasa. Hatinya berbelah – bagi. Antara hendak pulang atau tidak. Wajah ibu yang begitu mengharapkan kepulangannya bermain di ruang mata. Wajah adik – adik yang lama tidak dijenguk. Terbit rasa bersalah di hatinya kerana terpaksa berjauhan dengan mereka dan dia hanya mengirim wang kepada mereka tanpa pulang menjenguk mereka akhir – akhir ini. Tambah sibuk apabila dia dinaikkan pangkat ke jawatan yang disandangnya sekarang.
Walaupun begitu, dia berat untuk pulang. Amir tersenyum sendiri. Dia terkenangkan ibunya yang sering membebel dengan sikapnya yang tidak pernah ambil pusing jika wanita yang sudah lebih separuh abad itu mula mendesaknya memilih suri hidupnya. Setiap kali pulang ke kampung, ada saja cerita tentang anak gadis sekampung ataupun anak teman – teman rapat ibunya. Jenuh juga orang tua itu ‘berkempen’, sudahnya, Amir tetap geleng kepala.
Nak kata dia terlalu memilih, tidak juga cuma dia tidak tertarik. Lucunya, sekelip mata sahaja muncul Syazana, hatinya sudah tertawan. Di mana cantiknya Zana, hanya matanya yang tahu. Di mana menariknya Zana, hanya hatinya yang tahu. Otaknya sendiri gagal menafsir persoalan – persoalan itu. Amir senyum lagi. Hatinya hanya ada pada Syazana. Dia sanggup menunggu sehingga hati Zana benar – benar terbuka untuknya.
Khayalannya tentang Syazana terhenti bila menyedari Suzuki Vitara yang dipandunya sudah memasuki halaman rumah. Sempat dia menaip mesej ‘terakhir’ untuk Syazana sebelum keluar dari kereta. Bukan apa, sampai sahaja disitu, bererti dia berada di ‘zon off handphone’. Mak Leha memang pantang kalau handphonenya berbunyi ketika di pulang ke kampung. Mulalah dia membebel. Tak cukup itu, dia mula mengungkit kembali apa saja yang dirasakan tak kena. Daripada dileter sepanjang hari, Amir rela menurut katanya.
Selesai makan malam, Amir keluar mengambil angin di beranda rumahnya. Seketika kemudian, Mak Leha keluar sambil menatang dulang berisi dua cawan kopi.
“Adik – adik dah tidur ke, mak?”
“Hmm, Farid awal – awal lagi mengantuk dah. Taulah dia tu, mula dari matahari naik sampailah matahari turun, asyik main ja. Pon tengah baca buku. Cikgu bagi banyak kerja sekolahlah tu. Siang tadi mak dok hingaq dah kat dia suruh buat kerja sekolah tu, dia kata mak suka berleter kat dia. La ni, mata dah merah dah tapi kerja tak siap jugak. Biaq pi kat dia, mak tak mau kata apa. Sapa suruh tak mau dengaq cakap mak tadi!” luah Mak Leha geram.
“Mak, Amir mintak maaf kat mak sebab Amir terpaksa tinggal adik – adik kat mak. Amir tau, Amir yang sepatutnya jaga Angah, Farid dengan Pon tu. Mak pun tanggungjawab Amir tapi nak buat macam mana, Amir pi cari duit. Amir ajak mak pi dok ngan Amir mak yang tak mau. Abih, macam mana?”
“Mir, hang dengaq la apa yang mak nak habaq kat hang ni. Mak sayang rumah ni, Mir. Dari mula mak kawin dengan arwah ayah hang dulu sampai la ni, ni la dunia mak. Ayah hang mati di rumah ni, mak pun harap kalau mak mati, biaq mak mati di rumah ni. Pi la mana hang nak pi, hang jaga diri hang sudah. Tu ja yang mak mintak. Pasal adik – adik, takpa. Semua dah tau jaga diri. Semua dah reti berdikari. La ni, hang tu yang jadi masalah. Umur makin meningkat tapi hang tak kawin – kawin jugak. Carilah sorang nak jaga makan minum hang, sakit demam hang, taklah mak risau. Hang ada dok tunggu sapa – sapa ka? Kot hang ada sedih putus cinta ka?”
Amir ketawa mendengar andaian – andaian ibunya itu. “Mak, pasal Amir mak jangan susah hati. Ada jodoh nanti Mir kawin la. Lagipun selama Amir dok JB ni, Amir okey je. Mak janganlah bimbang pasal Amir. Bukan Amir tak mau kawin, tapi hati Amir ni tak terbuka lagilah, mak. Calon pun takde, mak. Sapalah yang nak kat anak mak ni...” balas Amir memancing ibunya. Dia ingin tahu, anak gadis siapa pula yang berjaya menambat hati ibunya.
“Mir, kalau Amir tak ada calon lagi ‘kan, Mir, mak ni berkenan sangat dekat Ila, anak Cik Embun tu. Mir ingat dak? Dulu ‘kan depa selalu mai rumah kita, Amir selalu main dengan dia. La ni dia segak sungguh la, Mir. Cantik, berpelajaran pulak tu. Dia pi mengaji sampai ke luar negara. Mengaji di sana lama pun, Mir, mak tengok dia eloklah. Pakai tudung, tutup aurat, serba – serbi lengkap. Mir nak dak kat dia? Mak boleh pi tanya Cik Embun. Kalau Mir nak tengok dia, esok jom kita pi rumah Cik Embun. Nak?”
“Mak, Ila tu ‘kan macam adik Amir dah?”balas Amir sambil memaut bahu ibunya ke sisi. Mak Leha menyandarkan kepalanya ke bahu Amir.
“Mir, mak cuma nak anak mak ni bahagia. Bukan mak nak desak hang. La ni, hang pi la tengok dia dulu. Mak tau hang mesti berkenan kat dia kalau hang tengok dia. Susah nak cari orang macam tu, Mir. Nanti hang lambat, ada orang lain sambar macam mana?” Mak Leha cuba memujuk Amir namun dia sekadar tersenyum.
“Takpelah, mak. Kalau dapat kat orang lain, maknanya dia bukan jodoh Amir. Mak tak payah risau. Kalau jodoh, tak ke mana, ‘kan?
“Mak penat dah dok pujuk hang ni. Awat, berat sangat ka permintaan mak kat hang ni, Mir? Payah
sangat ka hang nak pilih sorang? Mak ikut ja cakap hang dari dulu lagi. Hang tak mau, takpa, mak ikut jugak. Tapi kali ni, mak bagi kata dua kat hang. Kalau bulan depan hang tak bawak balik pilihan hati hang mai jumpa mak, mak pi pinang Ila tu. Tak dak pilihan lain dah. Mak bagi hang masa sebulan, kalau hang rasa Ila tu tak cukup baik untuk jadi isteri hang, bawaklah perempuan yang hang rasa terbaik di mata hang jumpa dengan mak. Mak tak mau dengaq alasan hang dah,” nada tegas Mak Leha berisi kecewa.
Amir tersentak mendengarnya. Zana?
“Mak, jangan desak Amir macam ni. Amir tak pernah pikiaq serius lagi pasal ni. Amir tak bersedia lagi, mak.”
“Kalau hang tak sedia lagi, mak bagi hang masa sebulan nak bersedia. Kalau hang tak pikiaq lagi, ada sebulan untuk hang pikiaq. Mak tak mau dengaq alasan hang kali ni. Muktamad. Titik,” ayat terakhir itu benar – benar membuktikan Mak Leha tetap dengan keputusannya. Amir mengeluh. “Ingat, Mir. Mak tak mau dengaq alasan,” dengan kata – kata itu, Mak Leha bangun meninggalkan Amir sendirian di situ.
Amir menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Buntu dia memikirkan tindakan terbaik untuk memenuhi permintaan ibunya. Tentu sekali Suhaila bukan pilihan hatinya tapi Syazana. Soalnya kini, bersediakah Zana? Dia sendiri telah berjanji untuk terus menunggu sehingga hati Syazana benar – benar terbuka untuknya tapi kini perlukah dia memungkiri janji itu dengan membangkitkan semula soal hati dan perasaan Zana? Amir benar – benar keliru dan buntu.
nurhafizoh
“It has been so long, ‘kan Fiq? Dah lama sangat kita tak duduk makan semeja, berbual – bual macam ni.”
Syafiq tersenyum tawar membalas kata – kataku. “Kita masing – masing ada komitmen, Zana. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Banyak yang dah berubah, tak mungkin kita dapat kembalikan masa lalu yang dah berlalu. Lagipun, Rina...”
“Takpelah, Fiq. Aku memang dah boleh hafal skrip kau tu,” sindirku terus – terang.
“Zana, kau suka tuduh aku melulu macam ni,” protesnya. “Sebagai suami, aku hormati perasaan dia. Aku tak naklah dia misunderstood dengan hubungan kita. Walaupun kau kawan baik aku, tapi kita dah tak boleh rapat macam dulu lagi. Biarlah semua itu tinggal kenangan manis yang takkan kita lupakan sampai bila – bila. Antara aku dan kau, ada Rina dan sekarang dia adalah keutamaan aku. Keadaan dah tak sama macam dulu lagi!”
“Oh, even aku ni, sahabat baik kau yang dah lama berkawan dengan kau dah lebih 17 tahun pun tak boleh nak percaya lagi? Aku dah bosanlah, Fiq. Kau janji dengan aku dulu...walau apa jadi sekalipun kau takkan tinggalkan aku. Kau tak akan ketepikan aku untuk sesiapa pun. Kau mesti dah lupa, ‘kan! Mana janji kau dulu? Logiknya, Rina kenal aku sebagai bestfriend kau sejak mula lagi. Kenapa mesti dia jealous? Kenapa nak misunderstood? Aku hadir dulu dalam hidup kau sebelum dia. Kalau cintakan kau, dah lama aku tackle kau sebelum dia, tau! Kenapa mesti jadi bodoh sangat sampai nak pertikai benda – benda remeh?” luahku kesal.
“Is this what both of you call love? Cemburu buta tak tentu hala, meragui kesetiaan masing – masing sampai korbankan life sendiri... Kau happy ke hidup berpura – pura macam ni?” semua yang tersimpan di hati kuluahkan.
“Kau marah, Zana?”
“Buat apa aku nak marah, Fiq. Aku kesal, kenapa kita mesti jadi macam ni, aku sayang friendship kita. Yelah, takde orang lain yang rapat dengan aku macam kau. Tipulah kalau aku cakap aku tak ingat kat kau langsung,” ringkasku. “I really miss those good old days...”
“Happy atau tak, aku dah pilih jalan hidup aku macam ni, Zana. Entah, aku tak tahu nak jawab macam mana soalan kau tu. Bukan tak ingat kat kau, macam kau cakap la, ‘kan, aku pun takde member kamceng selain kau, tapi masa dan keadaan tu dah ubah hidup aku. Nak tak nak, inilah hidup aku sekarang, I just follow wherever it leads,” jawapan Syafiq cukup mengecewakanku. Dia seolah hilang daripada dirinya sendiri.
“You’re talking without thinking, aren’t you? Aku pun dah tak kenal kau lagi dah sekarang ni. Apa hal lah yang kau merepek ni!” aku pura – pura ketawa. Tiada apa yang melucukan cuma aku perlu mewujudkan suasana yang lebih cool antara kami. Keadaan sudah menjadi terlalu tegang sejak pertemuan di HKL dulu dan aku perlu kendurkannya.
Syafiq sekadar tersenyum.
“Sudahlah, lagipun aku datang bukan nak mempersoalkan pasal friendship kita ni. Aku tak datang sini sebagai kawan kau. Aku datang sebagai doktor untuk consult kau, okey?
“So, anything I can help?
“Laa, nak kena terang jugak ke?” Syafiq mengangguk sebagai jawapan untukku. “Okay, my first question. Apasal tak datang appointment dengan Kamil?”
“Well, aku dah agak kau nak tanya aku soalan tu...”
“Ni, nak tanya la, awat yang susah sangat nak pi hospital ha, chek?” rasa bahagia bila Syafiq tertawa melihat aku cuba mengajuk loghat utara.
“Hei,mana kau belajar ni, hah? Nak ajuk loghat utara tapi sebut pun tak betul. Apa la!”
Aku tersenyum kecil. “Entah, aku belasah aje. Member aku ada sorang orang Kedah, aku dengar dia cakap. Ada la bunyi – bunyi macam tu. Kira okeylah tu. Okay, back to my question.”
“Syazana, everything were so complicated. Aku nak pergi, tapi kalau nak berulang – alik dari rumah tu jauh. Lagipun, kalau aku selalu sangat turun KL, Rina mesti expect something jugak ‘kan.”
“Hmm, maybe Rina akan expect. Tapi itu kalau selalu kau turun KL. Ini sekali pun tak pernah, apa kes?” bidasku.
“Aku sibuklah,” dalih Syafiq lagi.
“Takkan kau sibuk sampai tak balik KL, jenguk mak kau. Tak boleh singgah kejap ke?”
“Aku...”
“Ni perangai lama lagilah ni, tak suka pergi hospital. Dulu bolehlah kau nak buat perangai budak – budak. Sekarang masa tu penting, Fiq. Kamil dah plan semua step rawatan kat kau. Lagi lama kau biar, lagi teruk. Pergilah, Fiq,” pujukku.
“Untuk apa, Zana? Supaya aku boleh dapat tahu, bila aku nak mati?”
“Syafiq, sakit tu ujian Allah untuk kita. Dia nak uji kita sebenarnya so, kita kenalah sabar, usaha untuk sembuh. Hidup atau mati, itu kerja Tuhan. Kalau takdir kita nak mati, tak sakit pun boleh mati. Tapi, kita kena berusaha. Come on,” aku cuba memberikan semangat pada Syafiq.
“Malaslah, biarlah aku enjoy hidup ni puas – puas. Entah berapa lama lagi aku dapat tengok semua ni, Zana,” Syafiq merintih.
“Fiq, listen. Kalau kau tak nak buat untuk aku atau diri kau sendiri pun, buatlah untuk mak kau dan Rina. Kasihan Rina, Fiq. Dia tanggungjawab kau, tapi kau tak betul – betul bertanggungjawab kat dia. One more thing, kau tak ingat mak cik ke, Fiq? Kau sorang je yang dia ada. Kalau kau tak ada, siapa nak jaga dia, Fiq?” Syafiq terdiam mendengar kata kataku.
“Pergilah, kita berusaha, okey? Aku sendiri yakin kau boleh sembuh, macam mana kau boleh nak surrender awal ni?” pujukku.
Sesuatu yang sangat kufahami tentang dia ini ialah sifat manjanya. Walaupun keras diluar, ego, tapi ada kalanya dia mahu dipujuk dan dimanja. Lega hatiku melihat Syafiq mengorak senyum.
“Thanks, Zana. Kau tetap macam dulu, kawan aku yang paling baik.”
“Ha, sekarang baru kau tau, ekk. Tulah, rugi kalau kau tak appreciate aku...” usikku.
“Mulalah tu, nak perasan. Itu pasallah aku malas nak puji kau lebih – lebih,” kami ketawa.
“Okaylah, mission accomplished. Aku tak boleh lama, actually. Nak kena drive balik KL hari ni jugak. Kalau lambat karang sampai malam. Jumpa nanti, ye,” aku meminta diri. Syafiq sekadar mengangguk.
“Kita jumpa nanti, bila aku turun KL, okay?” kami berpisah di Plaza Angsana itu. Pertemuan yang cukup menggembirakan hatiku.



“Hoi!” sergah Syafiq. Pagi-pagi lagi Amir sudah tercegat di kedai mamak untuk breakfast. Syafiq menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ish, apalah kau ni. Buat aku terkejut je,” Amir tersentak. Syafiq ketawa.
“Takde, bukan saja nak bagi kau terkejut tapi aku tengok kau ni, pagi – pagi lagi dah termenung jauh. Mengelamun sampai ke mana dah. Ha, aku tau kenapa kau macam ni. Sangkut ngan awek mana malam tadi?” sapa Syafiq separuh bergurau. “Boleh aku join?”
“Ish, tak payahlah sopan - santun sangat ngan aku. Macam tak biasa pulak!” tempelak Amir. “Nak duduk tu, duduk ajelah. Ni tempat public.”
“Bukan aku tak biasa, kau tu yang tak macam biasa. Ada problem ke, Mir? Kalau kau beritahu aku ‘kan senang. Tak payah tension.”
“Ish, payah nak cerita ni. Ni bukan problem biasa ni. First time aku alami, kau tau tak?”
“Yelah, apa problemnya. Cerita pun belum, macam mana aku nak tau?”
“Okey, tapi kau janji jangan gelakkan aku.”
“Okey.”
“Takde, ni awek punya problem la...” balas Amir serius.
“Ha, aku dah agak dah tadi,” Syafiq tergelak besar. “Huh, tak sangka, dalam dok kontrol macho pun termenung gak pasal awek, ekk. Cewah... bunga – bunga cinta...” Syafiq mengajuk lagu Bunga – Bunga Cinta nyanyian Misya Omar.
Amir geram. “Woi, kau ni hantu, ah! Tadi dah janji tak nak gelakkan aku. Malas nak cerita kat kau macam ni!”
“La, takkan marah, beb! Rileks, aku mintak maaf, key? Tapi aku bukannya sengaja, rasa luculah bila kau layan cintan ni.”
“Hah, jangan heboh kat office pulak. Karang tak pasal – pasal heboh, aku cari kau, ye.”
“Don’t worrylah, kawan,” Syafiq menepuk – nepuk bahu Amir. “Kau memang cerita problem kau pada orang yang betul. Ini Syafiqlah, mahaguru segala Romeo dalam dunia ni, tau?”
“Hah, yelah. Pandailah kau. Eleh, kau dapat kahwin awal dari aku pun kira nasib tau. Kalau nak diikutkan, aku lagi handsome,” balas Amir. Mereka sama – sama ketawa.
“Kalau kau handsome maknanya semua beruk dalam dunia ni handsome, tau tak?”
“Mangkuk ayun kau. Celaka punya member. Kau kata muka aku macam beruk?” penumbuk Amir singgah di lengan Syafiq. Syafiq mengaduh sakit tapi, biasalah lawak dua orang ‘boss’ ni. Nampak kasar tapi itulah cara mereka. Kalau dah ketawa tu, boleh tak ingat dunia.
“Hah, apa cerita?” soal Safiq dalam sisa tawanya. Dia mengesat air mata akibat terlalu banyak ketawa.
“Eii, kau ni betullah. Aku tengah berserabut macam ni, kau sampai hati gelakkan aku sampai berair mata kau. Ingat aku tengah buat lawak ke apa?”
“Ekk, eleh. Aku gelak tak boleh. Kau gelak tadi takpelah?”
“Okey, okey. Dah.”
“Eh, kau ni nak cerita ke tak ni? Kau ingat company ‘big boss’ kita tu bapak mertua kau punya ke?” Syafiq membalas. “Sekali kantoi masuk lambat, tak berasaplah dapur rumah. Silap – silap, tidur kat masjid, datang office nak bas kot!” guraunya lagi.
Amir tesenyum nipis.
“Sebenarnya, aku ada minat dengan sorang awek ni. Dia orang KL. Aku kenal dia time aku turun KL nak jumpa ex – classmate aku dulu, Fauzzi. This girl kerja under Fauzzi tu. Time aku nak pegi jumpa Fauzzi, dia ada sekali. Saja aku jeling – jeling sikit nak tengok dia. Lebih – lebih segan pulak. Itu pun kitorang tak bertegur – sapa langsung. Tapi Fauzzi terperasan yang aku asyik tengok kat awek tu. So, lepas dia blah, Fauzzi pun introduce la aku kat awek tu secara tak rasmi...”
“Apa yang tak rasmi?” pintas Syafiq.
“La, betullah kau ni. Maksudnya, dia ceritalah kat aku pasal pompuan tu. Dia tu macam mana... Solo lagi ke tak... Okey tak okey...”
“Lepas tu?” soal Syafiq tidak sabar.
“Lepas tu, aku try sendirilah, make the first move. Aku pun tak tahu entah macam mana boleh timbul idea ni. Aku saja pergi langgar kereta dia, konon – kononnya kami kenal secara tak disengajakan. Yang syoknya, dia tak cam aku. Yang tak syoknya pulak, kopaklah duit aku bayar bil repair kereta dia. Kereta sport pulak tu. Dipendekkan cerita, lepas kenal tu, kitorang terus jadik kawan. Dan tak lama lepas tu, aku ajak dia serius, tapi dia nak kami kawan biasa dulu.”
“Wah, hebat kau, ye? Macam filem hindustan dah. Tapi okeylah tu, at least dia tak reject kau terus, ‘kan. Mir, cun ke awek kau tu? Ke wife aku cun lagi?”
“Kau ni bercakap macamlah kau kahwin dengan Miss Universe. Actually, dia ni cun jugaklah, tapi aku rasa dia lebih kepada sweet. Sweet sangat. Pendek kata, aku sukalah tengok muka dia. Bila aku tengok dia, aku rasa tenang je. Bila dia senyum pulak, aku rasa happy aje. Bila aku tengok di makan, aku rasa kenyang aje. Bila aku...”
“Oppp... oopp... oopp... Banyaklah kau punya ‘bila’! Kalau dah minat sangat, kahwin aje. Senang cerita. Lagipun, apa lagi kau nak tunggu. Kau tu bukan setakat dah Maghrib, dah nak terlajak masuk Isyak dah pun. Kau jangan lama – lama sangat, karang ada orang lain sambar, tiga minggu kot kau makan biskut kering cicah teh ‘o’! Hah, nak tunggu apa lagi? Ke kau ni...”
“Wei, bagi peluang kat aku nak cakap sampai habis boleh tak? Kau belum dengar sampai habis lagi cerita aku, dah nak memandai. Main serkap jarang aje,” protes Amir.
“Yelah, yelah. Aku jugak yang tak kena. Hah, sambung...”
“Aku dah berterus – terang kat dia tentang apa yang aku rasa tapi dia dah ada orang lain, Fiq. Aku tak sangka betul.”
“Maksud kau, dia dah ada pakwe, tapi still bagi kau harapan? Macam tu?” balas Syafiq geram.
“ Hah, inilah yang paling aku pantang sekali. Pantang tujuh keturunan aku, tau dengan perempuan spesies macam ni! Apa dia ingat dia cun sangat ke nak mainkan orang?” marahnya.
“Bukan macam tu, Fiq.”
“Habis?
“Hati dia tu, hati dia ada pada orang lain. Dia sukakan orang lain, bukan aku,” luah Amir kecewa.
“Maksud kau, dia single tapi dah ade admire orang la?”
Amir mengangguk. “Masalahnya, dia suka kat kawan baik dia. Diorang kawan dah lama, sejak sekolah dulu lagi tapi kawan lelaki dia tu anggap biasa aje. Lelaki tu pun dah kahwin dengan orang lain.”
“Hmmm, kalau macam tu, dia kenalah belajar melupakan lelaki tu dan beri kau peluang.”
“Dia dah beri aku peluang, tapi sampai hari ni, aku tetap tak dapat buat dia jatuh cinta kat aku. Yelah, aku baru muncul dalam hidup dia sedangkan dia dah sukakan lelaki tu berbelas tahun, Fiq. Tak semudah tu untuk dia berubah hati. Susah nak buat dia lupakan lelaki tu. Sampai sekarang ni, aku masih tak tahu kat mana aku dalam hati dia. Kalau dia tetap tak dapat terima aku...”
“Rumit sungguh kisah kau ni, Mir!” Syafiq menepuk dahi. “Takpelah, bunga bukan sekuntum. Tu secretary kau, si Abby tu, kau tak nak try ke? Not bad la... cute jugak. Kau pun bukannya sehari dua kenal dia. Aku nampak kau macam ada chemistry la dengan dia. Orang kata, panjang jodoh, kau tau tak?” sambung Syafiq.
Amir menahan geram.
“Aku malas betullah cakap dengan kau. Banyak merepek. Geramlah!”
“Aikk, apasal lak kau nak geram kat aku ni?”
“Yelah, aku tengah cakap pasal orang lain, yang kau pergi melalut sampai ke Abby tu apahal?”
“Eh, betullah apa yang aku cakap. Ada chemistry apa...”
“Chemistry kepala hotak kau! Ei, kau ni ‘kan, memang langsung takde tokoh nak nasihatkan aku. Mahaguru segala Romeolah kononnya, kau sepatutnya tahu, Abby tu dah bertunang. Betul punya lembablah kau ni. Sekali tunang dia hempuk kepala aku dengan helmet, tak ke gila aku dibuatnya?” luah Amir melepas geram.
Syafiq tertawa.
“Woi, janganlah blame aku! Manalah aku tau dia tu dah bertunang. Kau tak pernah cakap pun,” Syafiq cuba membela diri.
“Aku pun tak tahu, tapi pernahlah aku terserempak dengan orangnya. Dia selalu hantar dan ambil Abby balik kerja. Tak taulah macam mana orangnya, tapi aku dengar budak-budak office tulah bergosip. Biasalah, macam kau tak kenal Fizoh tu, asal ada hot gossip aje, dialah yang mula-mula sekali tau kat office tu. Dia cerita kat aku, tunang Abby tu geng bikers yang famous gak kt JB ni,handsome, ada iras-iras hero Winter Sonata tu, apa nama hero tu... hah? Jun Sang kot kalau aku tak silap. Haa, itulah yang si Fizoh tu beritahu aku. Nak harapkan Abby beritahu semua ni, hmm, mimpi ajelah. Kau macam tak tau dia tu pemalu sikit. Merepek aje kau ni.”
“Aisey, aku baru aje ingat nak match-make ‘kan kau dengan dia. Hempph... masuk angin keluar asap...”
“Dah la, Fiq, simpan aje niat baik kau tu. Kalau Abby tu solo lagi pun aku tak nak. Selama ni aku dah anggap dia macam adik aku.”
“Abis kau nak tunggu jugak?” soal Syafiq lagi.
“Nantilah, aku tak habis cakap lagi...”
“La, macam dramalah kau ni. Kejap drama, kejap commercial break...”
“Kau asyik potong cerita aku. Memang aku dah nekad, Fiq. Dialah yang terakhir dalam hidup aku sebab aku mungkin tak jumpa lagi orang yang sebegitu istimewa. Biarlah berapa lama pun. Aku nak tunggu sampai hati dia betul – betul terbuka untuk aku. Aku tak nak membina kebahagiaan atas bayang – bayang orang lain. Biarlah berapa lama sekalipun,” Syafiq terdiam mendengar kata – kata Amir.
“Mir, rasanya kau dah jumpa orang yang kau cari. Janganlah kau lepaskan dia, Mir. Kesetiaan dia pun kau boleh nampak melalui sikap dia tu. Dia tak mudah berubah hati. Susah nak cari perempuan macam tu, cuma lelaki tu aje yang bodoh. Kalau aku, aku akan cari dia balik. Aku takkan sia – siakan kesetiaan dia.”
“Woi, kau cakap tu baik – baik sikit. Kalau lelaki tu balik semula pada dia, kau nak suruh aku membujang sampai ke tua? Kau jangan Fiq, macam mana aku nak hidup tanpa dia...”
“Eleh, yang selama ni apa? Dah dekat 30 tahun, baru nak cakap tak boleh hidup tanpa dia?” perli Syafiq. Amir ketawa. “Kau nasihatkanlah dia, suruh dia lupakan aje tunggul kayu yang takde perasaan tu. Baik dia pilih kau yang baik hati lagi handsome ni, ye tak?”
“Kalau ya pun, janganlah perli aku sangat. Taulah aku ni tak handsome...”
“Tau takpe...” sambung Syafiq. Ketawa mereka pecah serentak.
“Oitt, stop dulu. Kau patut tengok jam. Dah lewat ni, jom. Lain kali sambung, karang punch card merah lagi...”
nurhafizoh
Makan malamku bersama Amir di pinggir Tambak Johor itu menjadi tawar dan hambar walaupun Amir sering menceriakan suasana dengan jenakanya dan bertanya itu ini kepadaku. Aku bercerita tentang Syafiq dan dia mendengar tanpa sebarang reaksi. Aku gementar untuk berterus – terang tetapi aku harus. Dia berhak untuk tahu. Mungkin sukar untuk dia menerima hakikat bahawa Syafiq telah mencuri segenap ruang hatiku walau apa sekalipun yang berlaku dalam hubungan kami tapi aku tak mahu dia terus curiga dan memendam rasa. Biar hubungan kami lebih telus dan jujur.
“Sorry, Mir. I bukan nak mainkan you. Dari dulu I takut nak berkawan dengan you sebab tak nak you fikir yang bukan – bukan tentang I,” luahku ikhlas.
“Zana, dah berapa kali I beritahu you? It doesn’t matter for me. I yang berdegil nak berkawan dengan you, so I dah ready nak hadapi apa saja asalkan you sudi terima I. I tak kisah asalkan you sincere dengan I. Walau apa sekalipun yang you buat, apa sekalipun tindakan you, asalkan you jujur, insyaAllah hati I tetap takkan berubah. You boleh pegang kata – kata I ni sebagai satu janji, Zana. Dia adalah kisah silam you, bagilah I satu peluang untuk menjanjikan depan you. Boleh, ‘kan?” dia membalas tenang. Matanya jernih saat dia menuturkan kata – kata itu, membuktikan keikhlasan hatinya. Kami sama – sama tersenyum.
“Kenapa senyum?” tanyaku manja. Aku suka bermanja dengan Amir kerana dia bijak melayan kerenahku.
“Sebab tengok you senyum, I senyumlah,” dia membalas pantas.
Aku menggelengkan kepala. “Alasan you tak logiklah. Sesiapa pun boleh bagi jawapan tu.”
“Nak tau sebabnya?” dia menongkat dagu merenungku seolah tidak jemu.
Aku mengangguk dan cepat –cepat tunduk meneruskan suapan kerana resah dengan renungannya.
“Sebab...” lama dia berhenti. “Sebab I suka cara you. I love everything about you. Mostly I love about you is your sincerity. You berterus – terang dengan I. I love being together with you sebab I tahu you tak pernah menjadi orang lain. Apa yang I nampak ni adalah diri you yang sebenar. I boleh rasa,” bisikan romantisnya menggetar naluri hatiku.
Makanan yang kutelan terasa seperti pasir yang tersekat di tekak. Macam nak luruh jantung aku dengar dia cakap macam tu, selama ni, tak pernah ada lelaki yang lebih menghargaiku sepertinya.
“So now, tell me, kenapa pulak you senyum?”
“Ermm, yang tu kalau I tak cakap tak boleh ke?”
“Eh, tadi you tanya I, I jawab. Sekarang turn youlah pulak. Baru deal.”
“Okey, okey. Takde, sebenarnya I tergamam jugak dengan reaksi you ni. Ingatkan nak kena marah tadi, tapi tak sangka you cool je. Tu yang I senyum, you’re so unpredictable,” terangku.
“Kenapa? Pelik ke I tak marah? Memang sepatutnya I marah ke?”
“Sebagai seorang lelaki, I rasa you patut marah sebab I seolah – olah mainkan you. I berkawan dengan you tapi hati I dengan orang lain. You takde perasaan apa –apa ke?”
“Perasaan apa?I ni pun bukanlah minat sangat kat you. Saja suka –suka, main – main je. Kalau tak dapat pun tak kisah, it’s not a big deal for me. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni so, buat apa I nak marah?” balas Amir selamba.
Aku termalu sendiri bercampur geram dengan kenyataan Amir itu. Permainan apakah ini? Wajahku merona merah. Malunya, tak tahu apa aku nak cakap untuk cover malu. Arghh...malu!
“You serius dengan apa yang you cakap ni?” soalku meminta kepastiannya. Dia nak main – mainkan aku ke?
“I am serious, Syazana. Kenapa? You main - main ke?” Amir tampak begitu tenang. Susahnya nak meneka reaksi dia yang sebenarnya.
“Of course I am serious,” balasku tegas.
Amir tiba – tiba ketawa. Aku pelik dengan sikapnya dan tentu sekali aku mula rasa tercabar dengan tingkahnya yang seolah – olah mempermainkan aku.
“Janganlah serius sangat,” balasnya dalam tawa yang masih bersisa. “You ni serius sangatlah. Patutnya I ambik gambar you tadi. Merah giler muka. Malulah tu,” dia mengesat air mata kerana terlalu banyak ketawa. “Seronok jugak kenakan you ye, baru I tau macam mana seronoknya you kenakan I hari tu,” Amir menyambung tawanya.
Aku geram. Tanganku merayap mencari lengannya. Aku mencubit geram. Dia mengaduh sambil menggosok – gosok lengannya. Kami sama – sama ketawa.
Aku tunduk menyembunyikan muka tatkala menyedari orang ramai mula memandang ke arah kami. Aku malu sendiri tapi Amir tetap selamba, seolah –olah takde apa yang berlaku.
“Zana, nak tanya something boleh tak?” soalannya membuatkanku berdebar.
“Nak tanya, tanya ajelah. Tak payah tengok I macam harimau yang tak makan sebulan,” sindirku bila dia begitu asyik merenungku. Amir tersenyum bila menyedari yang aku tidak selesa direnung begitu.
“You suka pakai scarf?”
“Sebenarnya tak. Tapi sejak I dapat scarf dari dia, rasa macam tak lengkap kalau tinggal scarf ni.Walaupun dia tak bermaksud apa – apa dengan scarf ni, for me this scarf have the sentimental value, as a gift from him,” terangku jujur.
“Patutlah, I belikan you scarf lain pun you cuma berminat nak pakai yang ni. Now I know,” balasnya sambil tersenyum.
“Sorry... I janji next time I pakai,” balasku bersalah.
Dia tenang sahaja. Aku suka dia begitu. Wajahnya sentiasa tenang dan mendamaikan.
“One more thing...”
“Apa lagi, Mir? You ni tak habis – habis. Last question, okay?” pintaku.
Amir mengangguk. “Who is ‘he’? You just address him as ‘he’. Nak jugak I tau, may I?” Amir meminta sedikit merayu tapi aku tahu, seperti selalunya, dia takkan mendesakku. Aku menggeleng.
“I think, tak payahlah you tahu, takde maknanya. Lagipun sekarang ni I dah mula nak lupakan dia. Biarlah you tak tahu sampai bila – bila, I rasa itu yang terbaik, boleh ye? ” aku mengharapkan pengertiannya.
Dia mengangguk lagi dan aku semakin sayang dengan sikapnya yang mengerti dan memahami perasaanku.
“Um, dari tadi, asyik you je yang tanya I, I nak tanya you satu benda, boleh?”
“Sure, sayang,” aku rasa berdebar setiap kali dia memanggilku sayang dengan renung mata yang cukup mengkhayalkan aku. Secara jujur, aku tak mahu terlalu melayan rasa hati yang mula berbunga dan aku tak mahu dia tahu apa yang tersirat di hatiku.
“Ermm, kenapa you panggil I, Zana sedangkan you tahu semua orang panggil I, Sya?”
“Eh, ye ke? I tak perasan pulak. Tapi I suka Zana, nama Sya tu, pada I dah terlalu commercial, so I nak you jadi ‘mahal’ sikit, I mean, lain daripada yang ramai – ramai tu. Kenapa? You tak suka ke?”
“Suzana, Rozana, Zanariah...itu pun ‘Zana’ jugak ‘kan?”
“Yeah, tapi Syazana tetap yang paling special,” spontan dia membalas. “Puas hati?”
“Okay, sir,” balasku sambil ketawa.
“Oh, ya. I lupa nak mention kat you. Besok you kena tinggal sorang – sorang. I outstation. Kena pergi Singapore,” dia mengubah topik perbualan tiba – tiba. “Tapi tak lama, sehari je. I rasa rugi sangat sebab I dah lama pujuk you datang sini tapi at last, bila you sampai sini, boss I pulak suruh outstation.”
“Alamak, boringnya! Takpelah, I pun ingat nak balik besok. Sempatlah rest kat rumah satu hari. Lama tak drive jauh – jauh ni, boleh tahan jugak penatnya.”
“Kalau macam tu, tak bolehlah I hantar you balik,” luahnya kecewa.
“Takpelah, you busy. Lain kalilah, kita ada banyak masa lagi,” Amir mengeluh. Sempat dia mengerling jam di tangan.
“Eh, Zana. Dah almost 11.30 dah ni. Jomlah, I hantar you balik.”



Selesai mencuci muka dan menyalin pakaian, aku berbaring untuk tidur tapi mataku liat benar hendak terpejam. Sambil bergolek – golek atas katil, aku sempat mengingati peristiwa tadi. ‘Amir...’ aku tersenyum sendiri mengenangkannya. Entah perasaan apa yang sedang mekar dihatiku, yang aku tahu, hati ini semakin menyenangi kehadirannya.
Aku ‘on’kan kembali handset yang memang ku‘off’ sewaktu dinner tadi. ‘Um, message...’ gumamku perlahan. Dari Syafiq, mahu bertemu denganku. Tanpa sedar, aku melepas keluhan berat. Jauh di sudut hati ingin sekali berada bersamanya sama seperti dulu tapi apalah ertinya jika pertemuan ini hanya menambah sakit di hatiku. Syafiq sudah berubah. Tak ada lagi ‘Fiq’ku yang dulu cool dan happy – go – lucky, yang tinggal hanya Fiq yang selalu mengelakkan diri dariku, Fiq yang panas baran, dan Fiq yang takut berhadapan dengan realiti.
nurhafizoh
Plz read previous post b4 looking at these pictures =)

Ni randomly amek kat Fiza coz byk sgt gmbr dlm kamera dia..

B4 departure
Tgh check-in kat Kolej Keris Mas
Main volley time tgh panas terik
Futsal Girls UKM yg cekang =)
Futsal UIA yg hebat
Volley plak
Netball la plak
Zalikha n Kiki
Osya~
Cantik a gmbr ni~
UIA basket x silap aku~
IMU vs UiTM
Fiza dok snap bleh~
Final UIA vs IMU -5-0
UCSI and UKM
UIA futsal girls lwn sapa ntah time ni
Juara keseluruhan = UIAM
Tahniah !!

Aku sbg Exco Logistik n Penginapan n Erma sbg Exco Protokol mmbantu aku angkat bantal2 yg digunakan ketika uni laen menginap..Ni baru sket..

P/s : Tetiba teringat blk last time aku join festival sukan besar cmni time kat SAINA waktu men basket lwn kat SERATAS.Time tu PPM Zon Utara.Bestnya time tu..Wpun SUKEM (Sukan Uni.Keb.Msia) pn aku join last time 2nd yr,tp perasaan tu x sama~

Jom2 g NICU !!
nurhafizoh
Dah abis pn IVG.yg penuh ranjau,onak n duri segala.Mcm2 halangan n cabaran time organize IVG ni.dahla 1st time buat plak tu.Btw,IVG ni under AMSA (Asian Medical Students' Association)..

Stress mmg byk a,toksah dok ckp..
Tp yg bestnya,bila benda ni succeed.I think it succeeded la.xtau la klu xok.considering semua benda,aku rasa ok dah tu IVG.

IVG mendapat sambutan 7 universiti :

1) UKM
2) UPM
3) UiTM
4) UIAM
5) IMU
6) UCSI
7)USIM

Acara yg dipertandingkan plak :

1) Bola keranjang
2) Futsal
3) Bola tampar
4) Bola Jaring
5) Badminton
6) Tarik tali

Juara keseluruhan adalah :

Jeng..jeng ...jeng..

UIAM !!!

Owh,jeles...they got 4 emas,3 perak n 3 gangsa klu xsilap.

1st runner-up plak:

UKM !!

Dpt 3 emas..haish,klu la tarik tali dikira mesti UKM dpt johan keseluruhan..sbb dua lelaki n pompuan pn menang tarik tali..

Tp yg paling best aku tgk time Futsal lelaki men..impressive gila..suma hebat2..UKM pn hebat gak,siap ntar 4 teams,tp suma stakat quarter finals..saingan hebat sggh.semi-final plak siap ada gaduh2 lagi.seb bek ref menenangkn keadaan.

N johan futsal plak menang kat UIA.terer sggh men..Klu aku Rijkaard,akan aku amik depa sign masuk team aku.kita buat team baru amek best players only campur suma U.amik yg score goals ka kan.Perghh..dah Rijkaard pn x amek team utk football,apa salahnya try futsal plak kan?? hehe..

P/s : dah lama aku x tgk bola kat TV.Busy.dulu siap bgn pkl2.45 semata2 nk tgk UEFA la mcm.siap men msj2 lg ngan kengkawan yg tgk skali tgh pagi tu.Siap abah beli nasi srh mkn time tgk bola.Ohhh.. i miss that moments. Pastu klu ada geng,tgk ngan k.cik wpun kami ni mcm archrival klu bab2 bola ni coz aku sokong Barcelona n dia sokong Chelsea.Pastu slalu plak 2 team ni lawan.Apa lg...tp Barca slalu menang.Plg x puas ati, Deco yg aku suka skrg p pindah ddk kt Chelsea pasepa.Ikut sgt kata Scolari,pdhl bkn jadi 1st 11 pn.amek hg deco !!


Lupa.. gambar nnt aku upload keh.bz mlm ni studieren gruppe =)