Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

A Story by Fidd- Chapter 1

BAB 1

Dalam senyum tawar, aku gagahi diri untuk penuhi jemputan itu. Aku tak ingin dikatakan lemah. Biar tiada siapa tahu apa yang terpendam jauh di sudut hatiku. Pahit kopi pekat yang kuteguk pun takkan mampu mengatasi pahitnya air liur yang kutelan bila menerima berita itu. Kunci kereta kucapai lemah. Aku mahu segera berada di sana. Paling tidak untuk kuucap tahniah.Buat kali terakhir untuk seseorang yang terlalu istimewa dihatiku.



Pelamin indah tersergam di depan mataku.Syafiq dengan Sabrina, bukan aku yang jadi pasangannya. ‘Fiq, kiranya 17 tahun itu belum cukup lama untuk kau mengerti isi hatiku, tak perlu rasanya untuk aku terus menunggu. Atau mungkin juga penyebabnya...aku tak setanding Rina,’ sendiri hatiku berbisik. Terasa ada air mata yang mahu menitik ke pipi, tapi kutahan.
“Tahniah, Fiq, Rina! Sorry sebab datang tangan kosong...next timelah, okay?” tanganku menggenggam tangan Syafiq dan Sabrina. Ada getaran yang kurasa ketika tangan Syafiq kusambut, namun aku mencari kekuatan mengatasinya.
“It’s okay, no big deal. Actually we’re so happy sebab kau datang, Sya,” balas Sabrina.Terdetik cemburu dihatiku melihat seri di wajah kedua – duanya.
“So, honeymoon kat mana? Dah plan ke?”
“Sya, macam tak kenal Syafiq. Awal – awal lagi dia dah comfirmkan. Surprise for me...tak taulah kat mana,” ucap Sabrina, bangga.
“Aku nak bawa Rina ke tempat paling romantik sekali dalam dunia ni, Zana. It’s Venice,” balas Syafiq dalam lirikan mata yang cukup romantis.
“Syafiq?! Ohhh...thanks sweetheart! I tau you sayang I. I love you sooo much!” Sabrina merangkul tubuh Syafiq erat. Jujur kukatakan, aku tak mampu lagi mengempang cemburu di hatiku yang terlalu sarat. I have to go!!
“Ermm, I got to go now. Sorry, I tak boleh lama. Okay, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke anak cucu,” kuucap jua kata – kata itu dengan keikhlasan yang paling tulus kutermampu.



Kasih Syafiq dan Sabrina kian mekar. Seminggu berbulan madu di Venice benar – benar indah. Setiap saat berkongsi hidup berumah tangga bersama Sabrina amat bermakna buat Syafiq. Dia bahagia tanpa menyedari hati Syazana yang terluka.
“Rina, guess what! Abang ada good news!”
“Hmm...Rina pun ada good news. Now, siapa punya good news yang sebenar -benarnya good news?”
“Kalau macam tu, Rinalah dulu. Ladies first,” Syafiq merenung wajah Sabrina yang sentiasa membuai perasaannya.
“Ni, abang. Mak call tadi. Izham dapat offer further study kat US.”
“That naughty boy? Wow, abang ingat pass exam cukup – cukup makan je. Terorr, ekk.”
“Well, tengoklah adik siapa? Kalau bukan kakak dia yang ajar...hmmm...mimpi di siang hari, tau! Okay, now, it’s your turn. Come on!”
“Abang dapat naik pangkat, kena transfer ke JB. Rezekilah, sebab kita pun memang nak ubah angin, ‘kan!”
“Laa... Dah tu kena balik awal la ni? Ni berita baik dan tak baik...”
“Siapa cakap nak balik awal, infact, kita balik dan sambung cuti lagi satu minggu kat Perhentian Island, okay?”
“Yess! I love you!” ciuman Sabrina hinggap di pipi Syafiq.



“Entahlah, Erin. Aku pun dah jadi confuse sekarang ni. Boleh ke aku terima Amir sepenuh hati? Aku tak naklah nanti dia harapkan aku sedangkan aku sendiri tak bersedia lagi untuk terima dia. Hati aku still ada pada Fiq!” jus epal kukacau perlahan –lahan dengan straw.
“Wei, come on! Dah 17 tahun, aku asyik dengar kau sebut nama Syafiq je tapi last – last, dia pergi jugak tinggal kau. Tak habis – habis kau dengan Syafiq. Bukan tak boleh, tapi kau tengoklah apa yang kau dapat. Berbaloikah Sya? At least, Amir memang comfirm sayangkan kau!” tegas suara Erin menongkah arus perasaanku.
“Rin, I love him. I really – really do! I love him more than words can say. Aku bukan nak terus mengharap but it’s really hard for me to stop loving him!”
“Sya, aku harap kau faham, I just want to see you happy. That’s all. Semua dalam tangan kau. Kau kena buat pilihan, betul atau salah, it’s all in your hand. Memang tak salah untuk kau terus cintakan dia sampai bila – bila, tapi salah kalau kau tak nak dicintai orang lain sampai bila – bila. Bagi Amir peluang. Syafiq dah ada Rina!” aku terdiam mendengar kata – kata Erin. Ada benarnya nasihat Erin, tapi bisakah kuramal masa depan? Adilkah bagi Amir jika aku berpura – pura menyayanginya? Mampukah aku menyayanginya?
“Aku akan fikirkan,” balasku pendek.
“That’s my friend,” Erin menepuk bahuku perlahan.



“Mir, you don’t really know me, awak mungkin akan menyesal dengan apa yang awak cakap ni. Tolong, fikirkan sekali lagi, boleh?” pertemuan petang itu sengaja dirancang. Banyak untuk dijelaskan dan waktu membatasi aku. “Susah nak mulakan satu relationship secara tiba – tiba macam ni.”
“Okay, now let’s get it simple. Boleh awak jadi kawan saya? Kalau pun awak takde apa – apa perasaan pada saya, at least saya ada peluang jadi kawan awak, ‘kan? Saya takkan desak awak tapi manalah tahu, lepas awak kenal saya nanti, awak pulak yang syok kat saya,” usiknya. Aku sekadar tersenyum.
“You’ll find someone better, Mir. Saya bukan orangnya. Saya terlalu kerdil untuk orang sebaik awak,” kataku terus – terang. “Kita kawan, tapi saya tak janjikan apa-apa, ye. Jangan harap apa-apa dari saya.”
“Takpelah, kita kawan dulu. Zana, promise I won’t ask for more. Just give me a chance to get to know you better, kay? ” beriya–iya benar dia meyakinkan aku. ‘Zana,’ the one and only orang yang panggil aku begitu adalah Syafiq kerana dia mahu menjadi lebih istimewa daripada orang lain. Panggilan itu tidak pernah aku reserve khas untuknya, tetapi aku lebih dikenali sebagai Sya. Kedengaran agak janggal apabila dipanggil begitu kerana selalunya suara yang memanggilku ‘Zana’ itu telahpun sebati di telinga. “I will wait for you,” sambungnya perlahan.
“Walaupun ada orang lain di hati saya...walaupun awak takkan memiliki hati saya sepenuhnya?” aku cuba menguji keikhlasannya.
“Walau apa sekalipun, Zana. Saya tetap tunggu awak. Jangan risau,” tegasnya. Wajah Amir kurenung dalam. Dia mencuri ruang dihatiku bersama kata – katanya. Begitu tulus pengakuannya dipendengaranku. ‘Kalaulah Syafiq adalah Amir,’ bisik hati kecilku sendiri.

0 comments:

Post a Comment