Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

Chapter 3

BAB 3

Hubungan aku dengan Amir semakin bercambah. Tepat jam 10 pagi dan 10 malam, telefon bimbitku pasti berdering. Sengaja aku ‘set’kan ringtone lagu ‘Baby Boy’ untuk Amir... ringtone yang paling aku suka untuknya. Bersama Amir, aku rasa bahagia. Walaupun dalam banyak perkara kami tidak mempunyai persamaan tapi aku senang bersamanya. Dia menghormatiku dengan pendirianku begitu juga aku dan aku amat menghargainya bila dia sering cuba memahamiku.
Aku juga senang bersamanya kerana aku tidak perlu berpura – pura menjadi orang lain. Biarlah betapa banyak sekalipun perbezaan antara kami, itu bukan penghalang. Itu yang selalu Amir ucapkan padaku. Perlahan – lahan aku belajar berkongsi dengannya tentang perbezaan itu. Sesekali meluangkan masa bersamanya melakukan apa yang langsung tidak pernah aku gemari bukannya terlalu menyeksakan. Kami masih boleh bergembira lalu aku menjadi lebih yakin untuk membina hubungan yang berlandaskan tolak – ansur ini. Bukan susah untuk menyintai seseorang sepertinya tapi biarlah masa yang menentukannya.



“Hello! Good morning. May I join you?” Kamil melenyapkan khayalanku. Aku sedikit tersentak.
“Oh, hai! Good morning. Have a seat. I pun alone je,” pelawaku sekadar berbahasa. Aku tak bersedia untuk berbual, pagi – pagi ni mood aku ‘kureng’ sikit. Tidur lewat pulak malam tadi. Ada emergency case... kena drive jugak tengah – tengah malam. Aku jarang on call malam – malam, mungkin kerana aku seorang perempuan. Kebanyakan kes yang aku kendalikan paling lewat hanya sekitar jam dua pagi. Certain – certain cases, ada. Kekadang tu, serius sangatlah pulak. Aku melepaskan keluhan.
“Panjang mengeluh. On call ke last night?” soal Kamil sambil mengunyah sandwich.
“Hmm..2 kes. Seorang sesak nafas, seorang lagi bleeding teruk, baru lepas operation. Pukul 4 pagi jugaklah baru I boleh tidur,” balasku lemah. Nescafe panas kuteguk perlahan.
“Your friend dah sihat?”
“You mean, Syafiq?” aku meminta kepastian. Kamil mengangguk. “ I think I should ask you. Dia tu dah jarang jumpa I sejak kahwin,” sambungku.
“Ask me? Last time I jumpa dia pun waktu dia nak keluar hospital hari tu. Lepas tu, semua appointment yang I buat dengan dia tak pernah pulak dia datang. Tak mention pulak kenapa. Tu yang I ingat nak tanya you. I thought you knew.”
“Syafiq...” gumamku perlahan.
Geram dengan fiilnya yang degil, keras kepala. Hari tu bukan main lagi, berjanji kononnya. Last – last, aku yang kena kelentong.
“It’s okay, I’ll handle him,” aku seakan membuat janji dengan Kamil.
“Do remember, kes dia dah serius. We got to do something sebab masa dah suntuk. You tau, ‘kan!”
“Thanks, Kamil. Thanks sebab banyak tolong I,” ucapku ikhlas.
“ Don’t mention. I’m just doing my job. Yang lebihnya kita serah kat Tuhan, okay?”
“I tak tau nak cakap apa lagi dah, I terhutang budi dengan you,” aku membalas terharu.
“Takpe, kalau dah tak tau nak cakap apa, tak payah cakap apa – apalah!” pantas Kamil menyambung ayatku. Ketawa kami pecah serentak.
Aku membuat panggilan berkali – kali ke telefon bimbit Syafiq tapi tak berjawapan. Aku decide untuk mencarinya rumah dan berterus – terang dengan Rina dan mak cik lunch hour hari itu juga.
“Assalamualaikum... assalamualaikum...” aku memberi salam.
“Waalaikumsalam, eh, Sya! Laa, kenapa tak bagitau mak cik yang Sya nak datang? Meh, masuk dalam,” ibu Syafiq yang menyambut kedatanganku. Mana Rina? Mana Fiq?
“Fiq dengan Rina mana, mak cik?” soalku sambil berjalan beriringan dengan ibunya masuk ke dalam rumah.
“La, ‘kan Fiq dengan Rina dah pindah ke JB! Sya tak tahu ke?” aku menggelengkan kepala. “Dia dapat naik pangkat, orang transfer pergi sana. Eh, pelik! Takkan Fiq tak beritahu Sya? Lama dah diorang pindah. Waktu Fiq masuk hospital hari tu, diorang memang dah pindah. Dia masuk Hospital Sultanah Aminah dulu, lepas tu baru doktor di sana rujuk kes dia kat sini,” cerita ibu Syafiq, ramah.
“Fiq tak beritahu apa –apa pun, mak cik,” balasku sedih.
“Agaknya, dia lupa, kot. Sya jangan kecik hati pulak. Mak cik tau Syafiq tu, dari dulu...perangai dia tak pernah berubah. Sya aje kawan baik dia. Kalau dia nak buat apa – apa, mesti dia beritahu Sya. Tapi, yelah ‘kan, sejak akhir – akhir ni dia sibuk. Tak sempatlah kot agaknya tu, mak cik pelik jugak bila Sya tak tahu. Fiq tak pernah buat macam ni. Dia lupa kot. Kadang – kadang Fiq tu pelupa sikit. Dia lupalah tu, agaknya,” kalut dia menyambung bicara. Barangkali nada suaraku yang sedikit merajuk itu membimbangkannya.
“Takpelah, mak cik. Sya tak kisah pun. Mungkin dia lupa, agaknya,” balasku memujuk hati ibunya. “Mak cik ada alamat dia di JB?”
“Ada, ada mak cik simpan. Sya tunggu kejap, mak cik pergi ambil.”
Aku memerhatikan langkahnya. ‘Dia dah lama tak beritahu apa – apa kat Sya, mak cik. Sejak ada Rina, dia dah tak perlukan Sya,’ bisik hati kecilku sedih.
“Termenung jauh, Sya. Minum air ni dulu. Air bujang je. Kek ni mak cik beli kat Fairy tadi, makanlah,” ibu Syafiq muncul kembali dengan menatang dulang air dan kek. Secarik kertas ditangannya dihulurkan kepadaku.

No. 97, Jalan Sri Pelangi,
Taman Pelangi, JB.



“ Hello, Amir. You free tak sekarang ni?” sapaku sebaik sahaja terdengar suaranya di talian.
“Hmm, sorry Zana. I’m quite busy. Lagi 15 minit ada meeting dengan ahli Lembaga Pengarah. I kena attend. Anyway, what’s up? You rindu I ke?” balasnya perlahan. Ada nada romantis di hujung ayatnya.
“Haah, itu aje yang you tau, ‘kan! Guess what, I kat Plaza Tol Tangkak ni.”
“Tipulah, takkan you berani nak drive sampai sini?” dia ketawa mengejek.
“Hei, you ingat I ni pengecut? Tak percaya? I boleh kasi you cakap dengan toll gate girl kat sini kalau you nak...” ejekku kembali.
“You ni biar betul sikit. Beraninya you drive jauh – jauh alone. Kenapa tak ambik flight, Zana?” soalnya, risau.
“Hah, sekarang dah percaya? I decide nak datang tadi, mana ada flight time ni. Ni yang problem, I tak reti nak drive masuk JB. Jalan biasa I tak reti. Jauh lagi ke?” soalku.
Terdengar Amir ketawa kecil.
“Why?” aku hairan.
“Itulah, kalau tak tahu jangan pandai – pandai, ye sayang. You tunggu kat situ, I ambik kejap lagi.”
“Eh, tadi ‘kan ada meeting?”
“Takpe, I ambik emergency leave. You lebih penting, meeting lain kali pun boleh,” selamba dia menjawab.
“Amir, listen. Tak naklah macam ni.”
“Habis?”
“You pergi attend meeting tu. Kerja penting untuk you. Itu tanggungjawab you. I tak suka kalau you abaikan komitmen you sebab I. Meeting tu penting ‘kan. You tak payah fikir pasal I, I tau macam mana nak buat supaya I sampai JB dengan selamat, okay? You pergi prepare untuk meeting elok – elok. It’s okay, I boleh jalan slow - slow. Nanti I tanya oranglah. I’ll be alright, kita jumpa malam ni, okay?”
Amir mengeluh panjang. Aku tahu dia berat hati mahu mengikut idea aku ini, tapi aku tak mahu menyusahkan dia.
“I just don’t want anything to happen to you. Macam mana I nak concentrate kalau otak asyik fikir pasal you?”
“Takpe, Mir. Jangan bimbangkan I. I promise, kalau jadi apa – apa, I mesti call you. Okay?”
“On the spot,” tambahnya.
“Okay, promise, on the spot,” aku akur. “Bye, see you tonight.”
“Take care, bye.”



Ini bukan kali pertama, hidup aku selalu jadi kelam – kabut sebab Syafiq. Sejak dulu, aku rasa resah kalau sesuatu terjadi padanya, aku takkan boleh kawal diri. Aku sanggup buat apa saja demi dia, macam yang tengah aku buat sekarang ni. Kalau nak diikutkan, jangan harap aku nak drive ke JB. Penat satu hal, jalan pun aku pro. Tapi entahlah. It’s something like tindakan refleks. Aku terus ambik emergency leave 3 hari dan drive ke JB. Flight paling awal, besok petang. Aku dah tak boleh tunggu untuk tempoh tu. Sementara nak tunggu besok petang, sempat aku jadi sasau sebab asyik fikir pasal dia. Call aku... jangan harap dia nak jawab. Mesti dia dah boleh agak, aku call pasal dia tak attend appoinment. Memang sebab tu pun, tapi yang tu sebab kedua. Sebab utama, aku geram kerana dia telah berjanji denganku dan aku memang ‘pantang’ dengan orang yang memungkiri janjinya.
Tapi, apa sekalipun yang dia lakukan tak pernah membuatkan aku membenci dia. Itulah masalahnya. Aku tewas dengan perasaan aku sendiri. Hmmm...soal hati dan perasaan, kalau dah ‘tersuka’, dah tak boleh nak buat apa – apa. Aku tersenyum sendiri. Itulah Syafiq yang kukenal. Degil dan keras kepala. Jangan haraplah dia nak dengar cakap orang. Walaupun kadang – kadang dia macam pentingkan diri, sanggup tipu aku, sanggup bergaduh dengan aku semata – mata nak tegakkan diri sendiri, aku tak boleh nak marah. Kalau marah pun kejap aje, lepas dia pujuk aku terus cool. Kenapa dia terlalu berkuasa dalam hatiku? Ke mana sekalipun aku pergi, hidupku tetap dibayangi Syafiq.



Aku beranikan diri untuk drive ke JB. Takkan nak harapkan Amir, aku tak nak susahkan dia. Takpelah, takde bahayanya. Ramai orang siang – siang hari ni. Sempatlah jugak aku singgah beli map dulu, apa – apa hal senang sikit. Sambil memandu, ingatan terhadap peristiwa 15 tahun lalu kembali mekar. Kenangan bersama Syafiq...
“Isyh, aku peliklah, Zana. Ada sesapa ke yang selalu care sangat pasal aku ni? Yang aku tau, kau sorang je yang sayang kat aku.”
“Eleh, perasan,” balasku mengejek. “Siapa pulak yang interested dengan kau ni, hah?” aku pura – pura tak tahu.
“Entahlah, aku tak tau siapa orang tu...isyh, kenapa dia baik sangat dengan aku, hah? Kau tengok ni, last week aku pergi tournament ragbi, the whole week dia copy notes kat aku dan simpan semua handout yang cikgu beri untuk aku. Lepas tu, sebelum aku pergi tournament, dia macam tau – tau je kaki aku sakit, aku dapat bandage, ubat batuk pun ada. Macam mana dia boleh tau semua pasal aku? Ni, meja aku pula dia tolong kemas. Bulan lepas, aku dapat birthday present. Kau agak – agak...kenapa dia buat macam ni, hah? Dah la tu, aku tak tau pun siapa dia ni. Pelik, pelik,” Syafiq mengadu kepadaku.
Aku menyibukkan diri, seolah – olah tidak berminat untuk berbual dengannya.
“Manalah aku tahu, peminat kau kot,” balasku acuh tak acuh tanpa memandang wajahnya.
“Eh, macam mana kau boleh tak tahu, ‘kan kau duduk sebelah aku, kau tak perasan ke?”
“Alah, takkan dia nak bagi aku tau, mesti dia buat diam – diam, nanti kantoi ’kan susah. Dah la, kau ni suka fikir bukan – bukan. Orang nak berbudi, kita kenalah berbahasa,” pantas kuatur alasan.
“Yelah, nak berbahasa pun, biarlah tahu siapa orangnya. Ni... misteri nusantara tau tak,” balasnya, cuba menimbulkan kelucuan.
“Misteri nenek kau!” aku tergelak. “Dah, tak payahlah cari, dia mesti ada alasan sendiri, kenapa dia tak nak kau tahu identiti dia...”
“Eh, mana boleh macam tu, aku nak kena ambik tau jugak. Aku rasa, maybe classmate kita jugaklah, takkan budak – budak kelas lain boleh tau detail sangat pasal aku? Siapa hah? Anis ke?” dia cuba mengagak. “Kalau Anis, wah, syoklah! Dapat awek cun!”
“Huh, perasanlah kau sorang – sorang. Aku rasa, bukan kot...kau ingat Anis tu macam tu ke. Kalau dia buat, aku sure dia mesti gelabah punya, Anis tu ‘kan nervous sikit,” balasku.
“Syakila?”
“Dia ‘kan dah ada pakwe. Takkan nak minat kau pulak?”
“Abis? Syarie ‘cute’ ke?” mata Syafiq merayap mencari sesiapa sahaja yang difikirkan logik. Kelas aku memang unik sikit, ada gelaran...cun la, cute la, badak air pun ada.
“Syarie ‘kan marah kat kau sebab selalu ejek dia,” balasku sambil menggeleng.
“Kiah ‘cun’ kot, tak pun Amy ke?” dia terus membuat andaian. Kiah dan Amy yang kebetulan duduk tidak jauh dari seat kami menoleh serentak. Aku tersengih malu, nak cover la kekononnya. Syafiq buat tak reti. “Najwa, Hanim, dan Ija memang aku comfirm out of list. Takkan diorang nak buat kot...dah la anti aku,” dia membebel seorang diri.
“Syafiq, aku rasa biarlah kau tak tahu siapa dia sampai bila- bila. Kalau dia nak kau tahu, tentu dia dah beritahu sendiri. Biarlah, lagipun, penerimaan kau mesti tak sama kat semua orang. Kalau kau tak suka dia macam mana? Mesti kau bertambah tak suka, ‘kan! Kesian dia, kau takkan berlaku adil kat dia so, the best way, biar dia aje tau siapa diri dia. Kau tak payah tau, okay?”
“Hmm, betul jugak apa kata kau. Tapi, kenapa mesti dia susah – payah macam ni?”
“Kau nak tahu kenapa?”
“Itu pasallah aku tanya kau... cepatlah fikir.”
Aku berfikir sebentar. Syafiq terus – terusan memandangku.
“Cepatlah fikir...” desaknya lagi.
“Kejaplah, kau ni tak reti sabar ke?” marahku.
“Yelah, yelah. Tapi cepat sikit.”
“Okey, aku rasa aku tahu,” balasku yakin.
“Apa yang kau tahu?”
“Um,kau suka Peter Pan, ‘kan? Kau ingat tak watak fairy yang selalu ada untuk tolong dia tu?”
“Tinkerbell?”
“Hah, iyelah tu. Mungkin kau boleh jadi Peter Pan dan dia jadi Tinkerbell. Aku rasalah, maybe dia nak jadi Tinkerbell kau.”
“Wow, macam fairy tale pulak. Walaupun aku tak tahu siapa dia yang sebenarnya, susah payah dia tolong aku, ‘kan? Apa aku nak buat sebagai tanda terima kasih?”
“Laa, kau belikan something untuk dia, balut elok – elok, then letak bawah meja kau dan tinggal note. Dia mesti jenguk bawah meja kau, lagipun kau ‘kan ada tournament lagi, hari Rabu ni,” cadangku.
“Yes! Thank you, Zana. Aku dah tau apa aku nak beli untuk dia,” Syafiq tiba – tiba melompat bangun. Aku terkejut. Semua classmate pusing tengok kami, maklumlah tempat kat belakang. Aku dah tak tau macam mana nak cover malu, Syafiq pulak macam biasa, buat muka selamba. Dia sering meletakkan aku dalam situasi begini, tiba – tiba bising sewaktu semua orang tengah diam, tentulah semua mata akan memandang ke arah kami. Sudahnya aku yang malu, bukan dia. Aku menarik lengannya supaya duduk. Dia ketawa melihat mukaku merah padam.
Selendang yang terlilit dibahu kuusap lembut. Itulah pemberiannya, yang kusimpan sampai ke hari ini dan masih kupakai. Aku sayang benar dengan selendang yang satu ni, sebab inilah satu – satunya hadiah dari Syafiq . Birthday gift? Birth date aku pun dia tak ingat! Nota yang mengiringi selendang ini pun masih kusimpan. Kukira dia sudah lupa tentang selendang ini, kerana tak pernah sekalipun dia bertanya walaupun berkali – kali kupakai sewaktu keluar bersamanya. Biarlah, itu lebih baik, lagipun tentu dia tak menyangka, Tinkerbell adalah Syazana dan Syazana adalah Tinkerbell!



Aku berdiri tercegat di hadapan pintu pagar rumah teres dua tingkat itu. Rasanya, comfirm rumah Syafiq yang ini, nombor rumah sama dengan yang tertera pada alamat yang aku dapat dari mak cik, kat depan pintu rumah pulak ada tergantung papan kayu berukir Syafiq dan Sabrina.
Pintu rumah terbuka tiba –tiba. Sabrina terjengul di muka pintu.
“Hei, Sya! Kenapa tak masuk? Bila sampai? You datang dengan siapa?” soal Sabrina bertubi –tubi. Dia berlari – lari anak ke pintu pagar, membukakannya untuk aku.
“Saja, ada urusan sikit kat Sultanah Aminah. Kebetulan dah sampai kat sini, so I singgah nak tanya khabar. I ingat nak tekan loceng tadi tapi I tak sure, betul ke tak rumah you ni,” dalihku.
“Anyway, mana Fiq?” soalku lagi.
“Masuklah. Fiq balik lambat sikit hari ni. Tadi dia call I, ada meeting tergempar pulak kat office. Lembaga Pengarah nak meeting dengan semua manager. Kejap lagi baliklah tu,” terang Sabrina.
Aku sekadar mengangguk. Mataku meliar ke setiap sudut rumah itu.
“Pandai you decorate rumah, ye. I suka style English Cottage jugak, tapi I tak pandai nak decorate macam you,” pujiku ikhlas.
“I taklah pandai sangat. Actually, Fiq tak suka sangat English Cottage, dia suka...”
“Ethnic, right?” pintasku.
“Hmm, I tak tau sebab apa dia suka ethnic. I memang tak suka benda – benda yang nampak old school dan berserabut. Sakit mata. Lagipun, colour ethnics’ nampak dull and bored. I tak boleh hidup kalau rumah I macam tu,” Rina bercerita kepadaku.
“Fiq memang macam tu,” tegasku. Aku seolah ingin berbalas kata dengan Rina kerana komennya tentang Syafiq. Apa salahnya? Kalau betul dia sayang Fiq, kenapa hal sekecil tu pun dia tak boleh terima? Kata hatiku meluap – luap mahu diluahkan. Walaupun untuk hal yang remeh, aku tak suka dengan cara Rina itu. Bagiku, Rina memang seorang yang mementingkan diri. Sejak dulu memang kami tak ‘sebulu’ cuma demi Syafiq, apa saja. Lagipun siapalah aku, kalau dia yang Syafiq suka, aku terpaksa terima.
Tiba – tiba hansetku berbunyi. Baby Boy. Siapa lagi kalau bukan Amir?
Rina sempat menjeling ke skrin. Aku tersenyum membalas pandangan Rina yang sinis. Dia beredar ke dapur meninggalkan aku seorang diri di situ.
“Hai sweetheart, you kat mana ni? Kenapa tak call I?”
“Eh, eh. Kot ya pun, bagilah salam dulu,” usikku. “Dah habis meeting?”
“Dah,”jawabnya pendek. “You kat mana sekarang?”
“I dah ada kat JB ni. Kat rumah member lama I. I dah booking bilik kat Grand Cont tadi, tapi tak check – in lagi.”
“Check – in? You ni biar betul sikit. You lari dari siapa ni? Ada problem ke? Ada yang tak kena ke? Tell me. Why? Dulu I ajak datang holiday kat sini, you busy memanjang, tapi kali ni, macam mana you boleh datang tiba – tiba? There must be something, right? Eh, rumah member you kat mana?
“Mir, dari tadi you talk non – stop. Bagi I cakap pulak boleh tak?” rungutku manja.
“Hmm. Okay, sorry. I ada 1001 soalan nak tanya you sejak you call I tadi.”
“I’ll see you around 8.00. Datang jemput I kat hotel boleh tak?” pintaku.
“Okay, room number?” soalnya nakal.
“Hei, gatal. Tak malu!” jeritku sambil ketawa. “Tunggu kat lobi la.”
“Okay, see you there. Kirim salam kat member you tu. Tak kisahlah you nak berahsia dengan I pasal problem you tapi kalau you nak share dengan I, I’m here for you... anytime if you need me,”Amir membalas jujur. Aku terharu dengan keikhlasannya.
“Amir, we’ll discuss later, okay. I’ll explain to you everything. I promise,” aku berjanji padanya.
“Okey. I tunggu you je, Zana. So, I’ll see you, then.” mendatar sahaja nada Amir membalas.
Klik. Talian terputus.
Sabrina kembali membawakan minuman untukku. Aku kelu untuk berbual dengannya. Maklumlah, aku tak pernah berkawan rapat dengannya, cuma sekadar beberapa minit berbual selalunya.
“Siapa call tadi? Your boy ke?”
“Boyfriend? Takdelah, kawan I je. Dia tinggal kat JB ni jugak. Dah lama tak jumpa, saja I mention dia nak datang sini, tak sangka dia nak jumpa I pulak.”
“Sya, you dah ada pakwe ke?” soalnya lagak seorang perisik.
“I? Siapalah yang nak kat I ni? I tak cantik macam you,” aku merendah diri.
“Eh, you ni not badlah, macam mana you boleh cakap you tak cantik? Takde rapat dengan sesiapa pun?” soal Rina tidak percaya.
Segaris senyuman mengiringi jawapanku untuk pertanyaan itu. “Sebelum Fiq kenal you, we spent most of our time together. Dari sekolah rendah, sampailah masuk UM. Even lepas grad, dah kerja pun kitorang selalu jumpa. I think, I lagi kerap jumpa Fiq dari jumpa my parents kot,” terangku.
“I tak ramai kawan rapat sebab selalu keluar pun dengan Fiq, shopping sama, setiap kali makan... tak kiralah breakfast, lunch or dinner... mesti sama. You bayangkanlah. Dia hantar I pergi kerja, balik pun dia jemput. Kalau I on call tengah malam, mata dah mengantuk... I call dia lah... suruh jemput I,” aku ketawa.
“Eh, you jangan tak tahu. Fiq garang sangat kalau ada orang kacau – kacau I, tau. Kat mall, ada orang senyum kat I pun dia jeling semacam je. Dia memang betul – betul take care of me lah. Kalau ada lelaki nak rapat dengan I pun mesti takut sebab ingat dia tu boyfriend I. Macam manalah I nak ada boyfriend, Rina...”
“You beruntung dapat husband baik macam tu,” perlahan suaraku memuji.
Sabrina senyum sambil menatap ke mataku. “You takde pakwe, tapi you ‘kan bestfriend Fiq, tak pernah ke you jatuh cinta kat dia? Fiq tu tak ada yang kurang di mata I and I think tak ada sebab untuk seorang perempuan tak boleh sukakan dia, especially you yang banyak spent masa dengan dia. Anyway, you ni lainlah ye, Sya,” soalannya mengujiku.
“Selalunya, orang cakap, man tak boleh kawan saja dengan woman sebab a love story start with friendship. You guys je yang lain daripada yang lain.”
“Fiq memang okay, dia lelaki yang paling rapat dengan I dalam hidup I. Rasanya, kalau dia propose I, I’ll accept his proposal tapi I nak buat macam mana, you rampas dia dari I...”
“You suka Fiq?” bergetar suara Sabrina.
Aku berpura – pura ketawa untuk melindungi perasaan sebenarku. “Takdelah, you ni merepek. I bergurau je. Actually, I prefer berkawan dengan dia sampai bila – bila. Dia baik, tapi I yang tak cukup baik untuk dia. You memang pilihan Fiq yang terbaik,” balasku meyakinkannya.
“Lagipun, for me, being his friend, I can share everything dengan dia, I can be myself but being his lover, I must not be myself everytime because I want him to see me perfect in everyway. For sure, I need him as my bestfriend more than any other things,” sambungku lagi.
“Impressive, but I nak jadi lover dia sebab I nak kasih sayang dia yang you mungkin tak dapat...”
“Itu yang membezakan prinsip kita, Rina,” tegasku dalam sindiran yang halus tapi tajam.
Perbualan kami terhenti sebaik terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Sabrina bangun menyambut kepulangan Syafiq sebaliknya aku duduk di sofa dan mengalihkan tumpuan pada setiap sudut ruang tamu itu.
Mataku menangkap kelibat Sabrina yang mencium tangan Syafiq dan mengambil kot dan briefcase ditangannya. Hatiku bergolak cemburu. Aku berpura – pura tidak nampak tindakan Sabrina itu. Apalah hakku untuk cemburu. Syafiq suaminya.
“Lama meeting, bang? Abang dah makan?”
“Hmm, banyak urusan nak kena settle. Abang dah makan dengan Amir tadi. Kereta siapa kat depan rumah kita tu, Rina?” soal Syafiq. Berdebar hatiku mendengarnya.
“Kita ada special guest hari ni,” Rina menarik tangan Syafiq ke arah ruang tamu.
“Siapa yang datang?” soalan itu terjawab sendiri sebaik dia ternampak aku. Tergambar jelas diwajahnya perasaan terkejut dengan kehadiranku. Dia kelihatan letih. Aku sempat terperasan style rambut barunya. Mungkin Rina tak suka style yang dulu ataupun dia yang nak menghilangkan bayanganku dari hidupnya kerana style rambutnya yang dulu merupakan pilihanku. Dia pun dah berkumis, nampak lebih dewasa dengan gaya lelaki berkeluarga. “Zana, bila sampai?” sapanya setelah terkaku seketika.
“Dah lama dah. Aku dah nak balik dah ni. Kau lambat sangat balik,” balasku.
“Eh, kenapa nak balik cepat sangat? Dinner kat sini dululah, malam ni tidur sini. Besok kau baliklah,” pujuknya.
‘Kriinggg...’ aku, Syafiq, dan Sabrina menoleh serentak. Rina tersenyum.
“Abang buallah dulu dengan Sya, Rina jawab telefon,” Sabrina berlalu meninggalkan kami berdua di situ. Syafiq melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan denganku.
Aku kelu nak berbual dengannya. Syafiq tunduk menanggalkan stokingnya. Aku tersenyum kerana teringatkan kenangan dulu.
“Fiq, ingat tak aku pernah menangis sebab stoking busuk yang kau pakai time tournament dulu?”
“Hmm, ingat. Nasib kaulah, siapa suruh kau gelakkan aku,” dia tersenyum. “Padan muka kau, mesti sampai sekarang pun kau tak lupa lagi bau stoking aku tu, ‘kan!” sambung Syafiq dalam nada mengejek.
“Kenapa tak boleh pulak, kau yang comfirmed kat aku team kau menang. Last –last, team ‘ayam’ tu pun boleh kalahkan korang. Malunye...” ejekku.
“Oh, kau gelakkan aku lagi ye. Ha... ni second time kau bau stoking aku,” Syafiq membaling stoking yang digumpalnya tepat ke mukaku tapi aku sempat mengelak. Aku ketawa dan menjelirkan lidahku padanya tanda mengejek kerana stoking yang dibalingnya tersasar. Syafiq tergelak besar melihatku.
Dulu, kalau dia merajuk atau tension, salah satu cara nak buat dia okay, aku kena ‘buat muka’. Dia mesti gelak kalau tengok aku ‘buat muka’, aku pun tak tahu kenapa, buruk sangat kot...
“Dah lama kita tak ketawa macam ni. We have lots of fun being together, ‘kan! Tapi sejak kita dah kerja ni, aku rasa jauh sangat dengan kau. Kita dah jarang jumpa dan aku rasa kita dah tak rapat macam dulu. Ni semua kaulah punya pasal. Kau yang lari dari aku. Kau tak datang cari aku,” luahku secara bergurau sedangkan hatiku menjerit pedih.
“Kau memang dah buang aku dari hidup kau ke Fiq?” rasa terkilan kuluah jua.
Syafiq bangun mengubah kedudukannya lalu duduk di sebelahku. Aku rindukan saat ini, sama seperti selalunya dulu, kami akan duduk berbual berjam – jam lamanya dan aku akan ketawa dengan lawak – lawak bodoh Syafiq. Terasa dia dekat denganku.
“Rina,sebenarnya...” suaranya bergema di telingaku. Rina? Aku menoleh memandang wajah lelaki yang kucintai itu dengan pandangan kosong. Hanya ada Rina sajakah dalam hatinya? Di mana letaknya aku yang terdahulu hadir sebelum Rina? Hatiku terluka.
“Zana, Fiq. Zana...” balasku perlahan. “Kau dah lupa pun nama aku,” aku bingkas bangun.
“Tunggu, Zana,” dia menarik lenganku. Aku sedikit meronta agar lenganku dilepaskan.
“Jangan lupa, Fiq. Aku Syazana, bukan Sabrina,” sambungku lagi.
“Sya dinner kat sini, ye. Boringlah asyik makan dengan Fiq aje. Kalau you ada, berselera sikit nak makan. Meriah sikit,” Syafiq pantas melepaskan pegangannya. Aku menoleh ke arah Rina dan tersenyum padanya. Mujurlah Sabrina tak nampak. Kalau tidak...
“Takpelah, Rina. I dah nak balik dah ni. Lain kalilah, I datang lagi ye. Kali ni tak boleh, ada urusan sikit, nak kena settle sebelum balik KL. Next time mesti boleh, lagipun I nak rasa jugak masakan you. Mak cik cakap you pandai masak. Rugilah kalau I tak try, betul tak, Fiq?” aku pura – pura mesra dengan Syafiq sedangkan hatiku pedih.
“Hmm, betul tu. Kalau hari ni tak boleh, next time kau datang, okay?”
“Cepatnya dah nak balik dah. I baru ingat nak masak. Tak bestlah macam ni,” rungut Sabrina sambil bersalam denganku. Dia sekadar menghantar kepulanganku di muka pintu.
“Aku hantar kau sampai kereta?” pinta Syafiq.
Aku mengangguk lemah. Kami melangkah beriringan. Punat hijau pada kunci kereta kutekan bagi mematikan alarm. Aku hampir melangkah masuk ke dalam kereta ketika Syafiq tiba – tiba bersuara.
“I’m sorry, Zana. Aku tau kenapa kau datang.”
“Jangan jadi budak – budak, Fiq. Paling penting, kau ingat kau sogok aku dengan janji kau tu macam bagi gula- gula ke? Come on, aku bukan budak lagi. Aku tak tau kenapa kau buat macam ni. Semuanya untuk kebaikan kau, Fiq. Pilihlah jalan kau sendiri,” balasku tegas. “Be a man. Be the one that I know.”
“Boleh tak kalau kita keluar? We have a lot to talk,” soalnya mengharapkan persetujuanku.
“Set the date, time, and place, then you call me. I’ll be there. See you,” pintu kereta kutarik lemah. Kutekan pedal minyak dan rumeh teres itu semakin jauh kutinggalkan. Air mataku jatuh lagi untuk dia, bu

0 comments:

Post a Comment