BAB 2
Syafiq mula bertugas di Perdana Holdings sejak seminggu lalu. Rutinnya sudah bertukar, bukan lagi sebagai ‘kuli boss’, tapi kini bergelar pengurus pemasaran. Suasana di tempat kerja baru tidak lagi asing, malah Syafiq mulai rapat dengat rakan sejawatnya, Amir. Perwatakan Amir yang simple dan sporting begitu menyenangkan Syafiq.
“Mir, asyik lepak kat kedai je, gaduh ngan wife ke?” duga Syafiq suatu petang ketika mereka sama – sama singgah minum di kedai mamak yang sememangnya merupakan ‘port’ staf Perdana Holdings, tak kira breakfast atau lunch.
“Isteri? Isteri aku tak reti masaklah. Makan kedai ajelah,” balas Amir selamba.
“Amir, Amir. Kat mana kau cari wife kau tu?” dalam nada bergurau, Syafiq membalas.
“Kat Proton Edar...Segamat.”
“Laa...aku tanya lain, kau jawab lain. Hei, seriuslah ni. Kau dah kahwin ke belum? Takkan dah getting ‘30’ kau single lagi?” soal Syafiq.
“Belum sampai jodoh kot. Takde yang lekat. Aku cepat boring dengan perempuan ni. Aku try nak suka dengan ramai orang yang aku kenal tapi, entahlah. Tak nampak ada yang ‘spark’ dalam ramai – ramai tu. Dah tu macam mana? Tengok ajelah...”
“Kau memilih sangat tak? Ni kalau mak aku la...dah lama dia suruh mandi bunga,” balas Syafiq. Amir tersenyum nipis.
“Memilih sangat tu, taklah jugak. Cuma nak cari wife ni, kena jugak teliti. Kalau main cekup aje...besok – besok sendiri jugak yang susah. Bukan nak hidup sehari dua. Susah senang nak kena lalui bersama. Aku tak mintak perfect woman. Dulu yelah, dalam list mesti nak yang cun...tapi bila aku pikir balik, kalau setakat ‘bimbo’, otak kosong, aku mesti cepat boring punya. Sekarang aku dah tak nak pikir sangat benda – benda mengarut tu, but at least, boleh jaga aku, physically macam orang lain, boleh ketawa dan menangis sama – sama, that’s all.”
“Yes, you’re right. Tapi jangan sampai terlajak jadi bujang lapuk pulak,” tawa mereka pecah serentak. Kepala Syafiq tiba – tiba jadi sakit. Pandangan matanya berpinar – pinar. ‘Bukk’, Syafiq pengsan.
Seminggu di Hospital Sultanah Aminah, kes Syafiq dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Kebetulan aku dikhabarkan dengan berita mengejut itu ketika syifku belum berakhir. Sempatlah aku menjenguk Syafiq seketika.
“Assalamualaikum, apa khabar, mak cik, Fiq, Rina?” sapaku.
“Waalaikumsalam. Hah, Sya! Tolong I, Sya. What’s wrong with Fiq?” balas Sabrina sebak. Matanya kelihatan merah berair dan sedikit bengkak. Barangkali banyak menangis. Ada air mata yang bertakung di kelopak matanya. Aku tahu dia cuba menahan tangis.
“Rina, don’t worry, okay. Fiq will be alright, trust me,” aku mendepakan tangan memeluk Sabrina. Dia teresak – esak menangis dan apa yang aku lihat, Syafiq sedih tapi menahan air matanya.
“Sya, mak cik risau tengok Fiq. Cengkung aje. Pucat satu badan. Cubalah Sya tengok, doktor kata takde apa – apa, tapi kenapa dia jadi macam ni?” ibu Syafiq menambah. Aku sekadar tersenyum nipis dan mengalihkan pandanganku kepada Syafiq yang terlantar tidak bermaya.
“Mak, Fiq okay, dah nak baik dah ni. Nanti, lagi dua, tiga hari, mesti Fiq sembuh punya. Mak jangan susah hati. Rina pun, nangis macam abang nak mati je,” Syafiq mengalihkan perhatiannya kepada Sabrina disisinya sambil mengesat air mata Rina yang terus gugur. Dia senyum tawar.
“Mak cik dengan Rina, jangan risau. Sya mesti make sure Fiq dapat the best treatment kat sini. Doktor dah datang hari ni, Fiq? Ubat makan dah?” aku cuba meredakan kesuraman.
“Macam mana nak makan ubat, Sya. Dari tadi dia tak nak makan apa pun,” ibu Syafiq membalas bagi pihaknya.
“Makk...” Syafiq cuba membantah.
“It’s okay, Fiq. Biar aku turun belikan kau porridge,” aku menawarkan diri.
“Eh, tak payahlah, Sya. Actually, I ada masakkan porridge dengan sup untuk Fiq. I dah suapkan dia tadi, tapi dia tak lalu,” celah Sabrina. Langkahku terhenti.
“Hmm. Fiq ni memang manja. Macam – macam hal. Dulu, mak ingat lagi. Kat universiti dulu Fiq selalu demam. Selalu aje sakit. Asal balik tournament aje, mulalah demamlah, batuklah. Mak tak larat dah nak berulang – alik pergi rumah sewa dia, jauh sangat. Sya yang tolong tengokkan dia. Sudahnya, Rina, dia nak makan masakan Sya aje kalau demam tu. Kalau makan yang mak masak pun, lepas tu mesti cari masakan Sya jugak. Agaknya,Fiq rindu nak makan masakan Sya, kot. Kenalah Rina berguru dengan Sya lepas ni,” sahut ibu Syafiq tiba – tiba dalam nada bergurau. Aku tergamam seketika. Memori dulu bertandang lagi tapi aku cuba mengawal perasaan hatiku.
Setiap kali bertembung pandangan dengan Syafiq, aku cuba mengelak. Ahh, mengapa begitu sukar membunuh kenangan lalu? Aku tak mahu Sabrina terluka. Aku mahu semua kenangan kami berkubur, tak perlu diingat lagi.
“Mak, janganlah cakap macam tu dengan Rina. Mak ni mengarut ajelah. Fiq yang tak berselera nak makan lagi. Kenyang sebab pagi tadi breakfast lewat. Bukan tak sedap bubur yang Rina masak. Mungkin sebab dah biar lama sangat, sejuk,” Syafiq membidas kata – kata ibunya. Aku tahu dia tak mahu Sabrina tersinggung. Namun reaksi Sabrina tak dapat kuteka.
Terdetik perasaanku mengenangkan tingkah Syafiq itu. Kalau dulu, aku yang selalu dimenangkan. Walaupun tak pernah aku berkecil hati dengan ibunya, Syafiq tetap akan membelaku jika difikirkan kata – kata ibunya keterlaluan. Kini, aku terpaksa akur akan hakikat bahawa Rina telah mengisi tempatku, sebagai isteri dan temannya untuk selama – lamanya. Memang sepatutnya aku sedar, di mana kedudukanku dalam hati dan dirinya kini.
“Hai, Zana!” kemunculan Amir yang secara tiba – tiba sahaja terjengul di pintu bilik pejabatku membangkitkan perasaan hairan.
“Eh, Amir! You buat apa kat sini? Don’t tell me you sakit pulak,” Amir sekadar menggelengkan kepala dan tersenyum. Aku pelik.
“Apa? Salah ke apa I cakap? Hospital memang tempat orang sakit. Orang tak datang sini sebab nak bersiar – siar, ‘kan?” pantas kubidas senyuman sinisnya itu.
“So, since I cuma boleh datang sini kalau I sakit, now I sakitlah ni. Sakit rindu kat you. Boleh ke, alasan I ni?” balas Amir manja. Aku tersenyum. Betapa dia amat menghargai kehadiranku dalam hidupnya. “I have chocolates and roses for my princess. Happy birthday, Zana!” renungan mata Amir yang cukup romantis tatkala mengucapkan kata – kata itu cukup membahagiakan. Aku sebak. Selama hayatku ini aku tidak pernah dihargai seperti dia menghargaiku. Cukup mengharukan.
“Haa...yang ni I tak suka. Janganlah nangis, I just want to make you happy, bukan nak bagi you sedih hari ni. Please,” pujuknya. “Smile...”
“How do you know my birth date?” aku bingung.
“Adalah...” jawabnya berahsia.
“I tak tau nak cakap apa, but I’m just so happy. Thanks, Mir. This is my first birthday gift,” balasku sambil merenung pemberiannya di tanganku dan menyambung “My first time...it’s from you.”
“Hmm...that’s good. Tapi, sebagai balasan, you kena temankan I round KL hari ni dan kena dinner dengan I malam ni. Just two of us, okay?”
“Alah...itu problem sikit...sebab I banyak kerja hari ni,” dalihku sengaja mengusiknya.
“Dah, you tak payah nak tipu I, awal – awal lagi dah kantoi sebab I jumpa boss you dulu sebelum datang cari you kat sini. Dia cakap you habis duty petang ni. Takde alasan lain lagi dah. Kalau you tak nak jalan ikut I, I dukung you pun takpe!” balasnya nakal. Aku ketawa.
“How do you know Dr Fauzzi?” soalku berminat.
“He’s one of my bestfriend, actually. Former classmate masa kat sekolah menengah dulu. Dialah yang kenalkan you pada I,” balasnya tenang.
“Oh, my God! Don’t tell me that you’ve planned the accident! Patutlah I rasa macam pernah tengok you sebelum accident tu! Youlah yang I nampak dalam bilik Dr Fauzzi hari tu ‘kan?”
Amir mengangguk sebagai jawapan kepada soalanku.
“Sebenarnya you sengaja langgar kereta I hari tu, ‘kan? Oh my God. Amir! Sampai hati you buat I macam tu?” aku geram.
“Apa pulak? I just nak kenal dengan you je, tapi you ni susah... jual mahal sangat. Accident hari tu pun nipis poket I nak settlekan bayaran repair kereta you tu, tau,” jelasnya, pura – pura merajuk denganku.
Aku ketawa memanjang.
“Susahlah nak marah kat orang macam you ni,” ucapku perlahan. “Apa yang dia beritahu you pasal I? Jahatlah you all ni, mengutuk I kat belakang, ye?”
“Dia cakap...I ada chance nak tackle you sebab you single lagi dan I ada chance nak dapat you sebab you suka orang macam I,” dia cuba mendugaku.
“Eleh, perasan. Macam you tu macam mana? Pandai aje, mana tahu?” aku pantas menjawab.
“Eleh, coverlah tu,” ejeknya. “You better beware, manalah tahu...orang georgeous dan handsome macam I ni senang nak buat perempuan cair, tau. Manalah tahu, nanti you yang tiba-tiba ajak I kahwin!” Amir menyakatku.
“Hisyhh... Siapa nak kahwin dengan you? Mintak jauhlah, ye.”
“Aikk...macamlah I nak kahwin dengan you. I rasa adik you might be better... you buat apa? Goreng telur pun hangus. Kalau setakat rendam Mi Maggi, I pun tau,” balasnya mengejek. Aku ketawa mendengarnya.
“Hmm... nak tanya sikit, boleh tak? You kenal ke adik I tu? Adik I sorang je...tu pun lelaki,” tipuku. Aku anak bongsu dalam keluarga, akulah ‘adik’. “You ni gay, ye! Oh, patutlah beriya – iya you mengata I. Takpe, rahsia you dalam poket I. Tak nak I cakap kat Dr Fauzzi, you kena bayar I. Bak sini RM5000. Takde diskaun ye, sekarang bukan time mega sale,” usikku sambil memandangnya sinis. Amir melopongkan mukanya.
“RM5000? Zana, that’s unfair! Dah la you main tipu, sekarang nak suruh I bribe you pulak, ye. That is so against your work ethics, okay? How could you?”
“I peduli apa dengan you. Sekarang ni nak bayar ke... nak surrender?”
“I jugak yang kena mengalah. Asyik – asyik I je... tak adillah.”
“Tak kira. I nak menang jugak. You nak mengaku kalah ke tak?”
“Yelah, yelah...” balasnya berat. “You ajelah yang betul.”
“Yes, well, macam biasa, I menang lagi. Orang kalah patutnya kena denda!” sengaja aku seronok kenakan dia. “I takde adiklah, Mir... memandai je you ni meneka. Kalau jadi tok nujum dah failed la ni.”
“Takpe, you tunggulah, I mesti kenakan you balik nanti...”
“Okay, I’ll wait,” aku ketawa mengejek.
“Dah, puas dah kenakan I, sekarang jom... ikut I pulak. Shall we go now?” begitu gentleman cara Amir mempelawaku keluar.
“Yes, sir!” balasku sambil mengangkat tabik kepadanya. Amir ketawa melihat aku begitu.
Aku rasa selamat disisinya bila dia menggenggam erat jari jemariku, seolah melindungi aku disisinya. ‘Erin, dia semakin mencuri ruang di hatiku,’ bisik hati kecilku tatkala melewati petang itu bersamanya.
Aku memilih blaus putih berbunga biru dan jeans untuk makan malam bersama Amir. Rambutku yang separas bahu kutocang satu. Simple. Aku tak biasa melaram lebih – lebih. Amir cukup macho di mataku. Dia juga ringkas berpakaian, cuma T – shirt dan jeans hitam, tetap menampakkan kekacakannya. Berbanding Syafiq, kulit Amir lebih cerah dan dia tentunya lebih tinggi daripada Syafiq kerana aku hanya separas bahu Amir tetapi hampir sama tinggi dengan Syafiq. Walaupun bersama Amir sepanjang hari ini, rasanya aku lebih banyak membandingkan Amir dengan Syafiq. Bayangan Syafiq tetap muncul di antara aku dengan Amir.
Sejak awal lagi aku telah mengingatkan Amir tentang destinasi dinner kami. Bawalah aku kemana saja asalkan bukan restoran mewah. Aku kurang selesa berada dalam suasana sebegitu. Amir tak kisah, sebab tu aku suka style dia, simple dan tak memilih. Akhirnya, kami memilih untuk makan di Cafe Zurina di tengah – tengah kota.
“One thing ‘bout you, Zana, you ni takde karisma doktor tau. I tengok you rileks sangat and your style tak macam dokor pun. Yelah, I mean, somebody like you yang gila-gila sikit, prefer simple life... you enjoy ke jadi doktor?” soal Amir sambil menyudu Nasi Goreng Cina yang dipesannya. Aku memilih Nasi Goreng Tomyam.
“Itulah, don’t judge a book by it’s cover. Dulu I tak suka sangat kerja I tapi sekarang dah okey, lagipun I enjoy meeting people tapi satulah, jarang jumpa doktor yang sporting dan boleh buat kelakar... yang ramai, mat nerd. Kalau ada pun, setakat buat lawak bodoh,” aku terhenti seketika apabila Amir berhenti mengunyah.
Dia senyum memandangku.
Timbul rasa ragu, barangkali dia terkejut dengan caraku yang agak terbuka bila berbual.
Aku kekal selamba.
“Teruskan,” celahnya.
“I ni bukan style yang tak suka communicate dengan orang ataupun yang jenis twenty – four – seven asyik diam dan cakap bila perlu. I prefer suasana yang bising – bising sikit. Kadang – kadang, yang hingar – bingar tu bagi I ketenangan. Thank God sebab I selalu jumpa patients, seronok jugak tengok ragam orang, tapi kena banyak sabarlah,” terangku panjang lebar. “Time happy ke, tension ke, I have to be professional. Kena switch mood untuk biar orang happy dan confident dengan I.”
“Susah ‘kan...bila kita kena handle orang...banyak ragam manusia ni, tapi takpelah, as long as you enjoy your job. At least, you learn something about people, right?” dia berhenti sejenak.
“Dulu, waktu kecik, I teringin nak jadi doktor... tapi I tak terorr macam you. SPM I tak bagus, so I tukar cita – cita sebab I rasa I ni berangan tinggi sangat. I join company sekarang pun, start dari bawah. Kira you ni memang terorr la, I tabik kat you,” ceritanya lagi.
Aku tergelak. “Amir, you patut tau I tak minat medic, tapi tersesat masuk. Tuhan atur rezeki I jadi doktor, kot. Hmm, kenapa you minat dengan medic? Tak boring ke, jarang ada lelaki macam you yang minat nak study medic ni sebab kena struggle. Lelaki yang betul – betul fokus nak study je boleh ambik course ni. Kalau tidak...”
“Pengalaman hidup, Zana. Family I dulu orang susah. Arwah ayah I meninggal sebab kanser paru – paru, I sedih sebab kami tak dapat nak usahakan rawatan untuk dia selain berubat cara kampung. Doktor tak nak buat apa – apa sebab kami takde duit. I pergi merayu tapi dia just geleng kepala. Tu yang I frust, dan I nak jadi doktor sebab I nak tebus balik yang I tak dapat nak selamatkan ayah I. I nak tolong orang susah. Itu impian I dulu tapi takde rezeki, nak buat macam mana...” balas Amir terkilan.
“Sorry, Mir. I tak patut buat you teringat kisah sedih you. Sorry, I dah spoilt ‘kan mood you!” aku rasa bersalah. “Tapi, I salute you sebab niat you tu baik. Manalah tahu, kalau bukan rezeki you nak jadi doktor, nanti you boleh berjaya dalam bidang lain, ‘kan?”
“Insyaallah. I suka jugak syer dengan you pasal hidup I. Takpe, itu kisah silam. Sekali – sekala, kita kena ingat jugak walaupun sedih, sebab itu kekuatan untuk kita hadapi hari ni dan akan datang. Tau!” dia tersenyum. “You suka budak – budak ke? Kenapa you asyik kat wad kanak – kanak je?”
“I dah pernah cakap dengan you ‘kan, lepas ni I nak sambung belajar lagi, nak jadi Children’s Specialist. Mestilah I suka, kalau tak... penat aje I belajar lagi. You?” soalku kembali.
“I? I tak kisah. Kalau you suka tu, kira I sukalah.”
“Amir..” getusku geram.
Dia buat – buat tak faham.
“You ni ‘kan, memang suka buat muka blur. Geramlah kat you,” sambungku. Amir tersenyum.
“La, I cakap betul. Sepatutnya you sedar dari dulu, nilah keistimewaan I. Ada muka blur...” dia ketawa. Aku tersenyum dengan telatahnya. Bila aku perlukan dia untuk ketawa, dia selalu ada. Dia juga yang selalu bagi aku kekuatan. Itu sebenarnya yang special tentang dia.
“You tidur kat mana malam ni?” soalku mengubah topik.
“Apasal tanya? Nak tidur sama ke?” sakatnya nakal.
“Amir... I tanya serius ni. Janganlah main - main.”
“Okey. I serius. Kat rumah youlah. Mana lagi I nak tidur?”
“Amir...”
“Habis, mana lagi you nak I tidur?” usiknya. Aku buat muka menyampah. Malas nak melayan sebab dia suka kenakan aku dengan loyar buruknya tu. “Okey, okey. I tak tidur malam ni sebab I kena drive balik JB, besok kerja. Actually, I tak dapat cuti lama. Hari ni je boleh. So, nak tak nak, terpaksalah.”
“Laa... Kenapalah you bersusah – payah macam ni untuk I? I rasa bersalah ni. Besok you mesti penat nak kena pergi kerja. Dah la hari ni sehari suntuk you berjalan dengan I. Penat drive pagi tadi pun tak habis lagi, malam ni nak kena drive lagi,” rungutku.
Dia memandangku tanpa berkata apa – apa.
“Lain kali tak perlulah you susah – susah macam ni. Sian kat you, I tak nak you bebankan diri you sebab I,” terangku ikhlas kerana aku tak mahu dia terlalu ‘menatangku’.
“Sebenarnya, I tak pernah rasa susah pun untuk you, Zana but, you dah request ‘kan, so okeylah, lain kali I tak buat dah. Tapi, I bukan datang sini semata – mata nak celebrate birthday you. I ada sebab lain,” dia membalas tenang. “So jangan rasa macam you dah bebankan I. I yang nak datang sini.”
“Sebab apa?”
“Member I masuk wad. Dari Sultanah Aminah, kena transfer masuk HKL. Itu yang I datang. Nak tengok dia jugak. I pergi tengok dia sebelum cari you tadi. Nak ajak you pun, I takut you segan pulak...”
Aku teringat sesuatu. Syafiq. “Kawan I pun masuk wad jugak, baru tadi I tahu. I pergi lawat dia sebelum I habis syif tadi,” luahku sedih. Kenangan pagi tadi mengusik perasaan.
“You tak nak introduce dia kat I?” balas Amir sambil merenung ke dalam mataku. Aku gementar dengan pandangannya itu.
“Kenapa pandang orang macam singa tak cukup makan?” soalku memerli, dan sedikit merungut. Tak selesa direnung begitu. Amir tersenyum mendengar rungutanku.
“Takde, dia tu siapa? Penting sangat ke dia pada you?” Amir membalas curiga tapi wajahnya dibuat – buat selamba.
Aku tahu, dia cuba mengawal rasa cemburu. ‘Eleh, lelaki memang ego, tak nak mengaku cemburu,’ bisik hatiku sinis.
“Dah namanya pun kawan, mestilah I sedih. Takkanlah I nak happy pulak...” aku cuba berdalih.
Amir menggelengkan kepalanya. “You boleh tipu, Zana. Tapi hati kita tahu. You knew it yourself, what I really mean. I bukan orang yang terdekat dengan you, and banyak yang I tak tahu pasal you. Tapi, I think I know you. Susah you nak tipu I,” tenang sahaja kata – katanya.
“Macam mana I nak cakap dengan you, ye. Okaylah, I mengaku jugaklah sebab you dah dapat teka ‘kan? Useless la kalau I nak rahsia jugak pun. Betullah tu, actually he’s someone special in my heart tapi dah jadi suami orang,” jujur aku akui. Tak ada gunanya berahsia kalau dia bijak benar membaca fikiran dan isi hatiku.
“Oh, so he’s the man. It’s okay kalau you tak ready nak cerita apa – apa lagi. I takkan tanya apa – apa sampai you sendiri dah sedia nak ceritakan semuanya,” ikhlas nada Amir membalas.
“Sorry, Mir. Next time. Kita bincang hal lain, ye,” pohonku, meminta pengertiannya. Aku belum bersedia merungkai kembali apa yang telah tersimpan kemas dalam sudut hatiku.
Amir cukup memahamiku, dan dia langsung tak mengizinkan aku mengingati semua kisah – kisah dulu dengan jenaka dan celotehnya. Aku makin menyukai Amir, kerana segala – gala tentang dirinya...
“Hello, Erin. Wei, aku ni. Eh, kau dah tidur ke?” aku menelefon Erin sebaik pulang makan malam bersama Amir.
“Hah, kau Sya. Apahal call aku malam – malam ni? Tak reti ngantuk ke?” suara Erin kedengaran segar. Aku pelik, selalunya kalau jam – jam begini aku call, teruk jugak kena seranah sebab dia mesti dah tidur.
“Kau tak tidur lagi time ni? Amazing! Cik abang kau datang rumah ekk...” balasku.
“Oi, banyak kau punya cik abang! Doc, awak tu bolehlah senang hati. Habis time kerja, terus boleh rileks. Tak payah angkut kerja balik rumah. Ni aku ni, bos aku nak kerja siap cepat. Takkan aku nak tidur kat office kot. Kenalah stay – up kat rumah. Hmm, kau call aku malam – malam macam ni, ada problem ke?”
“Problem takde. Hot story ade la...” aku sengaja buat Erin suspens.
“Eh, cerita pasal Amir ke?” suara Erin kedengaran excited. Dia ni memang penyibuk sikit kalau bab – bab ni. Dah macam ejen pencari jodoh untuk kengkawan dah.
“Hmm...aku baru balik candle light dinner dengan Amir tadi. Jangan jealous, ye...” usikku, saja aku kelentong dia lebih – lebih.
“Sya!” jerit Erin. “Dia turun KL nak candle light dinner dengan kau? Waahh...romantiknyerr! Wait, kejap, kejap. Kalau angin takde, ribut takde, tetiba ada candle light dinner, sanggup pulak turun KL, there must be something... aha... dia propose kau ke?” desak Erin. Macam ni la perangai dia kalau nak korek rahsia.
Aku ketawa. “Wei, aku tanya ni, yang kau gelak apasal?”
“Aku gelakkan kau. Perangai tu, dari dulu tak berubah. Kitorang takde buat apa – apa. Makan – makan je, sebab nak celebrate birthday aku. Itu aje. Kau ni merepeklah.”
Erin terdiam.
“Sya, sorry, Sya. Aku betul – betul lupa hari ni hari jadi kau. Kau maafkan aku, ye. Happy birthday!”
“Wei, kau lupa ke kau tak tahu? Selama kita berkawan kau tak pernah wish pun kat aku!” usikku, sengaja kubiarkan Erin serba – salah.
Lama dia terdiam.
“Alah, kau tak payah risaulah. Actually, aku sendiri pun dah tak ingat sebab tak pernah celebrate pun. Amir yang tiba – tiba datang surprisekan aku. Aku terlupa betul, tak tahulah mana dia korek birth date aku. Sian kat dia, drive dari JB pagi tadi, malam ni drive balik sana pulak. Aku takut dia mengantuk je sebab dia alone. Nak suruh dia tidur KL dulu pun, esok dia kerja.”
“See, dia care sangat pasal kau. Itulah aku cakap, bagi dia peluang, sekarang tengok, siapa yang care kat kau sebenarnya? Ada Syafiq call wish birthday kat kau? Itu baru call, celebrate jangan haraplah. Kalau kau tak nampak lagi, tak tahulah. Aku tau kau bukan tak boleh nak terima dia, tapi kau perlukan masa. Don’t worry, take your time, dan aku rasa Amir tak kisah pun lama mana masa yang kau perlukan...asalkan kau terima dia, itu aje. Kau fikirlah baik – baik, Sya, jangan buat silap. Nanti kau menyesal balik.”
“Entah la, Erin. Yang pasti, dia semakin membuka pintu hati aku cuma kadang – kadang, aku rasa dia tu baik sangat, aku rasa aku tak layak untuk dia. Dia accept aku inside - out. Aku selalu rasa bersalah kat dia pasal Fiq, tapi aku tak boleh nak cerita lagi, sebab semua tu terlalu pahit untuk diingat balik. Bukanlah niat aku nak rahsiakan terus, suatu hari nanti, aku akan beritahu dia jugak, cuma mungkin bila dah perlu sangat, ataupun bila Syafiq dah takde lagi dalam hati aku. Aku harap sangat dia faham keadaan aku,” luahku.
“Memang kau patut bagitau dia cerita sebenar. Tok sah risau, aku yakin dia open – minded, maklumlah, orang kalau dah sayang....”
“Haah, yelah tu. Dah, aku nak tidur, kau sambung balik kerja kau. Nanti besok hang kena ‘fire’ ngan bos, bukan salah ‘chek’ naa....” aku mengajuk loghat utara Erin.
“Amboi, pandai dia dok ajuk loghat kita. Elok la tu, nanti besok kalau kahwin dengan Amir, mak mertua hang pun orang utara jugak. Kira practise nak ambik hati mak mertua la nooo....” Erin sengaja ‘memekatkan ‘ loghatnya. Dia tau aku tak faham sangat loghat utara, saja nak kenakan aku.
Aku menguap panjang. “Tak sempat aku nak tanya Amir pasal tu, kau dah tahu dah?
“Ei, kalau tidak depa tak panggil ‘chek’ mulut bertih la...”
“Hmm, dah la. Malas aku nak layan kau. Cakap apa ntah. Mana aku reti nak cakap loghat Kedah pekat macam kau tu. Okay, chow!”
“Wei, nantilah kejap. Sambung cerita lagi. Eh, hadiah apa dia kasik kat kau? Rantai berlian ke?”
“Haa, kalau kau nak tahu sangat, bukan setakat rantai berlian, sekali dengan kedai emas tu, semua dia borong kat aku.”
“Ala... cakaplah...” pujuknya.
“Yang tu rahsialah. Kalau semua aku cerita kat kau, takde apa yang aku simpan kat akulah. Jangan marah ye, nanti cepat tua...” balasku.
“Eleh, takpe, sombong ngan aku. Dahlah, boring tau. Macam ni la kengkawan, bila ada pakwe, member pun dah tak ingat. Bencilah macam ni,” Erin merajuk. Aku tergelak.
“Nantilah aku beritahu kau...”
“Tak payah. Aku tanya Amir sendiri nanti... kedekut sangat tak nak kasi tau orang.”
“Hello kawan, Amir sayang aku ke sayang kau? Mestilah dia dengar cakap aku, takkan dia nak bagitau kau pulak,” aku mengusik lagi.
“Hmm, takpelah, bye...”
“Wei, kau ni sensitif sangatlah. Besok – besok kita jumpa aku cerita la. Sekarang, kena tidur. Besok nak kerja. Ada faham?”
“Haaa... macam ni la kawan aku. Takpe, kau tidur dulu. Mimpi bersanding dengan dia tau. Bye..”
Aku ketawa. “Dah, malas aku nak layan kau. Bye...”
Aku terserempak dengan Dr. Kamil yang merawat Syafiq di kafeteria sewaktu breakfast. Melihat dia solo, aku join breakfast bersamanya, sedikit sebanyak aku dapat tahu tentang penyakit Syafiq yang sebenar. Nak kata terkejut, tak la sangat sebab waktu sekolah dulu, sampai masuk U, aku boleh kata hospital tu rumah kedua Fiq sebab dia asyik keluar masuk hospital. Tapi, waktu di U, memang aku selalu jadi mangsa Fiq, kena tipu mak dia sebab dia tak nak mak cik susah hati.
Itulah masalah dalam perubatan ni, kalau penyakit kronik, awal – awal mesti tak dapat nak detect...sampai dah teruk baru dapat tahu. Cara Kamil cakap tu, aku dapat mengagak bagaimana seriusnya penyakit Syafiq. Sepanjang mengenali Kamil, aku melihat dia sebagai lelaki jenis yang cool dan rileks. Dia selalu confident dengan apa yang dia nak buat, tapi dalam kes Fiq ni, aku nampak macam dia nak surrender.
Walau apa jadi sekalipun, aku yang paling kena kuat untuk hadapi semua ni. Untuk Fiq, Rina dan mak cik, sebab, siapa lagi boleh bagi semangat selain aku? Keyakinan tiga orang datang dari aku sorang. Aku tau, title yang aku ada boleh meyakinkan diorang.
Demi Fiq, apa saja aku sanggup buat.
Selesai sarapan, aku mencari Syafiq. Lega sekali aku bila tak sampai lima minit aku ada di situ, Rina dengan mak cik mintak diri. Senang sikit aku nak cakap dengan Syafiq kerana hanya aku dan dia yang ada di situ.
“Fiq, kau tipu aku, ‘kan Fiq? Kenapa kau tipu aku, kau tipu Rina, mak cik? Aku tahu mungkin sekarang aku dah takde hak lagi nak kongsi suka – duka kau, tapi how about Rina? You should tell her the truth,” pujukku dalam rasa terkilan.
Syafiq terdiam kaku.
Aku tahu, mungkin dia belum bersedia untuk apa yang kucadangkan ini.
“So, kau dah tahulah?”
“Fiq, dengan aku pun kau nak berahsia jugak ke?”
“Aku tak tau macam mana nak explain. Susah... Terlalu awal untuk Rina tahu semua ni, Zana. Aku tak nak dia rasa terbeban dengan aku, sedangkan we’re just married. Fahamlah, Zana,” balas Syafiq lemah. Dia kelihatan kusut dan berserabut.
“Tapi, as your wife, she should know. Kau tak boleh berahsia dengan Rina pasal penyakit kau ni, Fiq” pujukku lagi.
“Macam mana kalau dia tak boleh terima?” soal Syafiq seperti orang bodoh.
“Boleh atau tidak, itu soal kedua. Yang penting sekarang, beritahu dia. Kalau betul dia cintakan kau, dugaan ni terlalu kecil, Fiq,” balasku tegas. “Bila kau dan dia sama – sama boleh menghadapi dugaan macam ni, barulah kau boleh uji setakat mana cinta dia pada kau.”
Syafiq kehilangan kata – kata. Biar, memang aku mahu dia sedar tentang suatu hakikat yang patut dia fikir sejak dulu, setakat mana Rina menerimanya?
“For the 17 years being your bestfriend, I never noticed that this is you. Kenapa pengecut sangat ni? Where’s my Fiq? Kau yang aku kenal...yakin dengan diri sendiri. Strong. What happen to you?” aku menarik perhatiannya.
“Kau perlukan sokongan dia, Fiq. Kalau dia tak tahu, macam mana dia nak bagi kau sokongan?”
“That’s not the point, Zana. You don’t know how much I love her! Beritahu dia cerita sebenar, sama macam melukakan hati sendiri...kau takkan faham!”
Aku terkejut dengan apa yang Syafiq katakan. Tak pernah sekalipun dia meninggikan suara denganku, kali ini aku rasa terlalu kerdil dalam hatinya.
“Apa yang aku tak faham? Apa yang kau rasa tu, aku rasa jugak, Fiq. Susah kau, susah aku. Yes, aku belum kahwin. Maybe aku tak tahu macam mana perasaan sayang husband and wife, tapi aku tau macam mana rasanya bila kita cintakan orang.”
“One thing, memang kisah cinta korang ni pelik. Mana – mana couple yang aku jumpa, semua nak syer susah – senang. Tapi, cinta apa ni kalau masing – masing pilih nak berahsia? Kau nak senang aje ke dengan dia? Susah tanggung sendiri? Baik tak payah kahwin. Hidup ajelah macam tu. Tak bermakna pun perkahwinan kau, Fiq!”
“Cukuplah, Zana.”
“Apa yang cukup? Kau marah apa yang aku cakap? Salah ke apa yang aku cakap? Kau tu pengecut...cinta kau buat kau jadi pengecut!” aku tiba – tiba menjadi berani untuk menyuarakan apa yang kufikirkan biarpun Syafiq mungkin tersinggung dengan kata – kataku.
“Zana! Cukup!” suara Syafiq meninggi.
Bergenang air mataku mendengar tengkingannya. Aku cuba mengawal perasaan.
“Aku tau semua tu. Tak payah nak bagitau apa yang memang aku dah tau! Pening kepala aku kalau kau pun macam ni. Siapa yang tinggal nak support aku? Orang lain aku tak kisah, tapi kau tak boleh menentang aku! Kau mesti ada dengan aku, Zana,” Syafiq berhenti seketika.
Dia menghela nafas dalam sebelum menyambung tuturnya. “Tolonglah faham... macam mana aku nak cakap kat mak aku.... dia satu – satunya yang aku ada. Macam mana aku nak beritahu dia.... tolonglah cakap kat aku! Rina tu, kau ingat tak... dulu time aku sakit kat U, kau selalu tipu dia, cakap aku pergi tournament rugbi kat oversea. Kau dah tak ingat lagi dah ke? Kalau aku cakap terus – terang kat dia, mesti semua benda tu berbangkit balik. Rina mesti marah sebab rasa tertipu! Macam mana aku nak bagitau dia?” keluh Syafiq.
Aku terkedu.
“Sudahlah, Zana. Please, kau kena tolong aku, Zana.”
“Fiq, tak perlu kita nak bergaduh sebab ni, okey. Aku faham keadaan kau, tapi aku tak nak keadaan jadi kusut nanti. Sorry aku berkasar dengan kau tadi, tapi kau selalu buat aku serba – salah. Kalau bukan sebab kita dah lama kawan baik, aku memang dah tinggalkan kau, tau tak!!” balasku geram.
Beginilah selalunya, aku mesti kalah kalau dia pujuk aku. Geram jugak aku bila tengok dia buat muka simpati, tapi, aku takkan boleh membiarkan dia sendirian berhadapan dengan semua ini.
“Kau tak nak tolong aku lagi ke?” balas Syafiq dengan memek muka yang sedih untuk menagih simpati. Mengada – ngada.
Aku sekadar tersenyum dengan sikapnya itu. Begitulah dia sekiranya aku enggan membantunya ketika dia bermasalah.
“Okay, whatever, but promise me, you’ll be here once for every two weeks for your follow up. Kalau kau degil jugak, janganlah marah aku lagi kalau mak cik ngan Rina suspect something,” aku beralah. “You’re not gonna get better if you don’t stick to your current treatment. If it get worst, then there’s nothing much I can do. Seriously, I told you.”
“Thanks,Zana. Kaulah yang paling memahami aku. I promise, okay. Aku mesti datang appointment dengan doktor tu,” Syafiq lega. Aku segera meminta diri memandangkan aku mempunyai appoinment dengan pesakitku.
Aku berpaling untuk pergi. “Zana, tunggu,” aku tersentak bila tangan Syafiq memaut lenganku.
“Maaf kalau aku tertinggal kau sejak Rina datang dalam hidupku. Aku sayang kau, tapi Rina isteri aku. Aku harap kau faham, keutamaan aku sekarang adalah Rina. Kita tak boleh macam dulu lagi,” kata – kata Syafiq membuatkan aku sebak.
“Takpe, Fiq. Aku ni kawan kau je, dia isteri kau. Dia lebih penting, ‘kan!” luahku tenang tetapi dalam sindiran tajam.
Perlahan, pegangan tangannya kuleraikan. Aku melangkah terus dan tak berpaling langsung untuk kali kedua. Deraian air mataku jatuh menuruni pipi mengiringi langkahku. Aku tak mahu dia nampak air mata ini kerana ia jatuh atas rasa kecewa yang terpendam dihatiku.
‘Kalaulah kau tahu hatiku, Fiq,’ naluri hatiku berbisik hiba.