Tajuk entri dah gempak,kan,kan? Hehe...
Actually semalam aku n Zatil n Farah dan lg 2 org kawan buka puasa dekat Dewan Majlis Perbandaran Petaling Jaya sbb ada Majlis Berbuka Puasa Anak Perantau Kedah (lebih kurang cmtu la tajuk majlis nya)
Perantau kat sini bermaksud yg jarak dr tempat bekerja/belajar ke Kedah paling kurang kalau naik bas adalah selama 6 jam.Ingat ya,paling kurang.
Atau lg senang bahasanya pelajar2 yg belajaq nerai KL,PJ,Bangi etc.Kira hat mana mahasiswa tu amatlah dialu-alukan.
So,macam mana aku tau program ni ya?
Haa..yg tu thanx to Moja la kan sbb ajak Zatil.Kira aku pun terajak sekali la.Anak kedah katakan.Bangga woh jadi anak '02'.
Sebenarnya dpt tau drpd blog http://kedahlanie.blogspot.com/
Dan sebenarnya kena tempah sbb depa reserve tempat utk 1000 org pertama.Tp kawan aku call dia kata x tempah pun xpa,mai ja.
Sampai2 sana ja tgk2 org penuh.Penuh dgn mahasiswa berbaju kurung.Tak lupa juga yg teruna berbaju melayu,bersongkok atau berkopiah.Hehe..
Dah p kat kaunter pendaftaran tu,tiba2 org tu kata yg daftar ja ada tempat dlm dewan.Ha sudah! Apa nak jadiiiiii?
Tp dia rileks ja sruh daftar and ada tempat lagi sebenarnya,buffet kat belakang dewan kat khemah.Walaupun x dapat tgk MB Kedah berucap,tp takpa,aku sempat tgkp gmbr Ust.Azizan.Hehe... cekap x aku?
OK,seawal pkl6 kami dah dok bwh khemah.Open air kot.Drpd xdak org sampaila penuh khemah tu.Nasib bekla kami jadi org pertama amik nasi buffet tu,tp berpada la.Jangan ingat aku amek awal plak,pkl7.15 baru amek.hehe...
Then,abes makan p la surau nak semayang.Sekali org ramai daa.Pastu kami p Amcorp Mall utk smyg,tp sesat plak.Hihi..
Jadinya km berenti kat nearest Petronas utk solat Maghrib.Then,sambung membeli-belah dkt kedai buku Book Xcess.Aku beli buku Sweet Little Lies by Lauren Conrad.Ala..yg berlakon The Hills tu.Aku tgk dlm omg.yahoo cm femes ja buku tu.Jadi aku beli la.
Buku situ sungguh murah ok ! Tetiba ja rasa rajin nak baca buku cerita BI sebaik shj menapak dlm kedai tu.Variety of books bleh dpt dlm harga murah.Buku aku beli rm17.90,harga asal rm35.90.Buku kat situ tebal2,plg mhl yg ada baru rm24.90 (setakat yg aku sempat tgk la).
Lupa plak nak habaq,sebelum kami p dewan tu,kami smyg Asar kat Amcorp Mall jugak.Pastu nampak Farahwahida (penyanyi) tu buat persembahan.Apa lg,klil..klik.. la kan.Sedap gak eh sora dia. (okay,bajet imbas kembali )
Haa..sementara nk tggu skit lagi ja bukak posa ni,sblm aku melalut lagi,meh kita tgk gmbr yg adaa...
Farawahida bersama peminat 'bertuah' yg kena nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu bersama2
MB Kedah berbaju biru (time aku tgkp gmbr ni aku berdiri betul2 dpn dia,xpyh zoom dh)
Nasi daging yg sgt sedap.Org Baling kata daging 'phu'
Kurma daging dan lempung
Ayam goreng Upin dan Ipin
Nasi yg tamak.Takpa kat luar org x ramai.hehe :P
Makanan plg sedap= makanan halal+free (bak kata kwn aku)
Pesanan : Jgn lah kita menilai seseorang itu berdasarkan parti politik,sebaliknya nilai lah berdasarkan amalannya.E.g. Just because kita berbeza parti politik dgn org lain,tak semestinya org lain tu jahat.In fact,yg hanya boleh menilai hanyalah Allah S.W.T. Sekian.
Okeh,habis menaip setelah selamat berbuka.Burrppp..Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment