Weh lg satu sori la sebab nak menyajikan ' juadah basi' kat hampa suma ni..Gambaq lama dah aih..Gambaq raya kot !!! Nah tengok skit.. Alhamdulillah tahun ni dpt beraya di kampung.Hari raya 1st tu keja shift malam,so pagi tu bleh la beraya sambil menyanyikan lagu feveret..
'Berlalulah sudah Ramadan,sebulan berpuasa..' Oooo..balik kampung..hati girang..Eve of raya (eve takblehblah) tu baru bertolak blk kampung sbb keroje.So after bukak puasa plg last utk tahun ni (sobsob) trus menjengah ke kampung smbl memastikan pecutan a.k.a acceleration yg terhebat dpat dicapai.. Yakni..TERkena lah saman pd tahun ni.1st time plak tu..Syabbas mera betta..
Haaa..raya tahun ni macam biasa la,tp terasa tetiba responsibility tu tggi skit lah sbb dah bleh bagi duit raya.hehehe..sapa yg dpt tu tahniah saya ucapkan *clapclap*
Eh tapikan sebelum raya apa kata kita cerita sket perihal puasa.Hehek #gelakshaheizysam
Time puasa ni lah tima plg retis skali,bkn apa, ramai bebeno ajak berbuka puasa bersama2..Sampai tak menang tangan,maka terpaksa tolak serba sedikit (over sgt,padahal kena stay kat ward mlm2 utk buat night review..pffft...)
So ada a few times dpt merasa buka puasa bersama kawan2 sekerja dan sesekolah seSAINA seSEPOSEN ..yeah right..SEPOSEN..huhhh..
Nih time instant plan nk bkk puasa kat Sentosa Hotel.Ok gak lah,sedap jugak.Berbaloi jugak dgn harga buffet..
Nih plak annual event kat rumah Jannah.Isk isk..last dah kot celebrate puasa as a single lady,tak gitu,Ms Sunshine?? :D
Okehhhh..now baru la masuk gambar raya..Hehe..raya seperti biasa di Baling,Kedah..
Selalunya time raya ni baru nak catch up dgn new progress..Ada yg last tgk kecik time baby tup2 dah sekolah rendah hokayy..Mcm si kecik bertudung putih ni.Last aku tgk time setahun kot,la ni dah darjah satu naaa, maksudnya tak jumpa almost 6 thn.Jejak kasih sungguh..
Time raya ni jugak sibuk nak merasa rumah sapa buat rendang plg sedap.Last2 sengkak perut (sengkak ni org Kedah punya bahasa utk perkataan 'kenyang') pastu tgk TV mlm2..Eleh tipu..padahal ptg raya pertama tu balik Alor Star sbb mlm kena keja.Huhu..tu la,mula2 igtkan takmo apply cuti on raya 1st n 2nd sbb bajet mesti ramai yg apply,so taknak la frust menonggeng bila tak dapat cuti.Tup2 6-7 org saja yg apply.Arghh..rugi2..tapi takpa after night shift,postnite tu bleh off then amik cuti raya 3-4 plak. :D
Kami memang anak dara yang ramai.Anak teruna kian pupus.Oppss..hehe sorry.
Dah abis tu,raya ke-4 ada kenduri kawan kawin plak..Ramai2lah kita yg bujang ni memeriahkan majlis perkahwinan.Tak gitu orang bujangs? Hahaha
Habis kenduri,sayang lah kalau balik saja kann,so mari kita menyinggah ke Tutti Frutti plak sbb ada orang teringin plak.Dah tu sembang2 sat dgn Nurul Onon yg berbaju pepel yg tgh menunjuk2 kandungan eskrem dia kat bwh ni..Dia sanggup turun kedah dr Perak tu semata2 nak bagi payung Prudential kat aku.Thanks Onon,jasamu dikenang. :')
Okayyy..itu sahaja kot update pasal raya.I ada banyaaaaakkk lg nak update.Hehehe..tungguu...
0 comments:
Post a Comment