Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

Travel


Sapa suka travel,angkat tangan?


'Mengembaralah kamu di muka bumi ,seta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya ; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Surah Al-Ankabut;Ayat 20]

Alangkah indahnya kalau dapat melancong lagi.Hehe :)



Esok nak p melancong ke Alor Setar.Doakan selamat ya perjalanan kami.


:)
0

Long Overdue


Salam.Hari ni Jumaat malam.Ada sedikit eerie di situ.Awooooooo....

Okey.Jangan mengarut.Stop2.




Kali ni nak cerita pasal dinner kolej tun dr ismail time 15 Januari hari tu.I know,i know.Lambat gila update kan?Tu lah,dok tunggu masa yg sesuai utk update.Kadang2 bkk gak blog ni sbb nak tgk ada org komen or x,pastu klik nuffnang tgk duit ada brapa.Aceh,rm1 pun x sampai.Haha...




Dinner kolej ni setiap tahun ada.Kira macam meraikan penghuni kolej ni la kan.Pastu nak raikan pelajar baru lagi (apa kes buat dkt2 hujung sem?).hehehe..Ntahla..




Pastu dinner kali ni ada tema,Merah dan Putih.Time wiken plak tu dinner ni.So aku pun balik la dari Slim River semata2 nak p dinner ni.Makan free katakan.Eh,silap.Sebenarnya bayar rm100 utk dinner ni.Dinner fee awal2 lagi dimasukkan dalam yuran kolej yg mahal tu.Tapi berbaloi la,dah 2 tahun buat kat Putrajaya International Convention Centre.



Okeh,mari kita lihat pictures taken.



Bread butter pudding.A must-try delicacy.


SeSAINA owh ! :D


Sedap weh.Hat kaler merah tu,ikan apa ntah.

With Kanit,my Siamese friend.

With close friends

Gambar background-cantik-tak-cantik-sangat


Personally,aku rasa dinner tahun ni x sebest tahun lepas.Yg taun lepas lg lawa background stage tuh.Plus,this year macam Talentime plak.Persembahan plak suma nyanyi ja,macam singing competetion plak jadinya.Ada 1 ja persembahan tarian seingat aku,then ada nasyid 1.


Oklah,tu ja kot.Nanti nak p makan plak.

0

Iklan


Iklan sebentar

gambar kawin ayu raudhah zaquan adha

Dah tgk gambar kawen depa ni?


Hensem pulak aku tgk si Zaquan ni.Boleh menandingi Cristiano Ronaldo.Harap2 terjumpa kat Giant Alor Setar.Amin.




Hahahaha..lawak ja aihhhhhhh :D



p/s : Entry ni bkn ditulis oleh Zoi.
0

Bersyukur


Assalamualaikum.

Again,just another post.Bear with me.Hari ni manic sket.Hari ni nak cerita psl topik bersyukur.Kita hidup ni kenalah selalu bersyukur.Jangan selalu komplen sana,komplen sini.Tak cukup sana,tak cukup sini.Tak puas hati sana,tak puas hati sini.Tak suka tau dengar komplen2 ni.I hate whiners. *tetiba ja*



Contoh terdekat : Duit JPA.Dah cukup sangat dah sbnrnya tu apa yg kita dapat.Tapi masih ada yg tidak bersyukur.Kira mcm bagi betis nak paha la bahasa mudahnya.Ataupun cubit paha kanan,paha kiri terasa pedihnya.Eh,macam mengarut.Ah,sudah,stop bebel.



Okeh,nak cerita ni betapa pentingnya seseorang tu bersyukur.





Topik ni insyaallah akan dikupas dgn panjang lebar oleh aku.Mintak maapla kalau ada yg x setuju.Tapi nak kongsi beberapa cerita yg membuatkan aku bersyukur dgn apa yg sedia ada.





Cerita 1 : Kat hospital sambil clerk patient.


Kisah dia macam ni.Actually benda2 simple mmg bleh menyentuh hati aku.Tapi bukan bermaksud aku ni seorg yg sensitif (in negative way).Time clerk tanya la pasal financial status.Then,patient cakap gaji dapat rm15/hari.Jenis kerja tak payah cerita la kan.So,sebulan dapat dlm rm450.Tapi dia cakap financial status dia ok ja.Just nak cakap kat sini,yg sebenarnya boleh ja kita hidup dgn bersederhana dgn duit yg ada.Tak perlu la membazir dgn benda2 yg masuk dlm kategori 'kehendak',bukan 'keperluan.Jangan la sibuk dgn apa yg orang lain ada lebih dari kita,sebaliknya sentiasa bersyukur dan compare org yg kurang dari kita.Macam tu la baru senang nak dapat nikmat bersyukur.






Cerita 2 : Kisah makan ubi kayu

Serius aku cakap mmg aku kesian dgn orang2 asli yg taraf hidupnya dalam serba kemiskinan.Bila tanya diet history anak2,rupanya tiap2 hari makan ubi kayu dan pucuk ubi saja.Aku rasa kesian betul.Nak dapat nasi pun jarang2,sbb tu la anak dia kurang zat makanan.Pastu yg kita ni,makan nasi kadang2 berlebihan,ada yg membazir.Aku pun tergolong sama la kadang2 tu.Memang bersyukur sangat yg aku dapat makan nasi tiap2 hari.Alhamdulillah,cukup rezeki yg Allah bg kat aku setakat ni.Tak tau la kalau Dia nak uji aku lepas ni.






Cerita 3 : Kisah orang buta

Aku ni,g mana2 selalu jumpa orang buta.Kadang2 kat pasaraya,kadang2 tengah makan,kadang2 tengah melintas jalan,ada jugak yg mai mintak sedekah time aku tgh makan.Aku rasa kasihan dgn org2 buta ni,sbb dia xdak nikmat melihat mcm yg kita ada.Pernah sekali tu,aku kat pasaraya,pastu ada couple ni buta,tgh pilih2 barang.Kesian sgt nampak.Aku n adik aku try la approach tnya dia perlu pertolongan tak utk pilih barang,tp Alhamdulillah dia cakap,dia boleh nampak skit2 n pilih.Pastu ada plak time aku jumpa org buta tengah makan,susah nampak dia nak kuis lauk2.Time tu aku rasa mcm mampu kah aku handle klu aku dlm keadaan yg sama utk terima hakikat yg nikmat itu ditarik?







Cerita 4 : Kisah Bersamamu

Kadang2 aku wonder kenapa ada orang yg x suka program ni.Aku rasa mcm aku penah cerita dlm blog ni,tp tu la aku pun xsure.So,kira mcm nak kupas sekali lg lah.Pernah kawan aku cakap yg kisah ni walaupun nampak realiti,tapi mungkin juga tak benar.Tp entahlah,aku rasa macam biarlah benar atau tak pun,yg aku tau org yg masuk dlm program ni kurang bernasib baik daripada aku.So,tak salah kalau org lain nak tolong kan.Yang penting niat kita tu,nak menolong org lain.Kalau yg dah mmg xdak niat nak tolong tuh,sbb tu la kot berkira sgt bila nak tolong.







Cerita 5 : Kisah anak2 lahir tidak beribu bapa (out-of-wedlock babies)


Yang ni mmg aku bersyukur sgt2 yg aku dilahirkan di dunia ni ada mak abah.Ada kes2 kat wad yg banyak daripada rumah pelindungan sbb lahir secara luar nikah.Ada jugak yg ibu baby yg sebenarnya mentally retarded dan dirogol pulak.Maka lahirlah anak tu ke dunia.Kesian sangat ya Allah.






Cerita 6 : Kisah adik yg berumur 13 tahun yg ada brain tumour

Waktu tu tgh clerk patient ni kat wad Thalassemia.Ingatkan mai sbb blood transfusion,after clerking baru tau yg dia ni diagnosed with brain tumour at 9 years old.Muda sangat ! Waktu awal2 tu ok ja clerk dia sbb dia pun nampak macam cool.Tapi bila ada nurse masuk utk blood taking,baru la aku perasan yg dia ada chemoport.Ya lah,b4 that,tercover dgn baju dia.Rasa macam,kesiannya adik ni,muda2 dah diuji.Kalau aku la,tak tau la boleh ka x aku hadapi ujian Allah tu.Mmg rasa sebak n bersyukur la time tu,sebak sbb adik tu rileks ja bgtau diagnosis dia walaupun nampak air muka dia mcm sedih time dia bgtau 'saya sebenarnya ada brain tumour'.Lagi 1 bersyukur sbb setakat yg aku tau ni,aku sihat,apart from allergic rhinitis ni lah. :P




Sebenarnya banyak lg kisah2 yg bleh immediately buat aku rasa betapa beruntungnya aku ada nikmat sihat dan nikmat2 lain,senang cakap apa yg aku ada sekarang ni.Kalau Allah nak bagi lebih,aku terima.Kalau Allah nak kurangkan pun aku terima ujiannya.


Tu ja.Wassalam.



p/s : Maaf la kalau ada yg berbeza pendapat.Ni mmg pendapat aku,lahir dari hati aku.Sbb tu lah aku bubuh nama blog ni camtu.Hehe :D

2

Birthday Wishes

Lama betul tak menjenguk ke blog ni.Kadang2 jenguk jugak,cuma malas nak update.Rasa mcm rugi masa n makin xdak idea nak update apa.Padahal boleh ja berjam2 mengadapa laptop dok baca blog orang lain.Lately,asyik baca blog yg ada resepi2,menitik ayaq lioq abih aih ! Rasa nak buat bila balik rumah.Tadi jumpa resepi bread butter pudding,mcm menarik ja.Tgk la if rajin nak balik buat time raya cina ni.Hehe...


Okeh,berbalik kepada tajuk kita,birthday wishes ya.

Haaa..nak dijadikan cerita,sebenarnya aku ni baru ja balik dari Hospital Slim River.Kena posting kat situ 2 minggu.Menarik weh,banyak orang asli kat situ.Free ja aku belajar bahasa orang asli.Dan time ni jugak aku belajar Z-score specific utk org asli yg kebanyakannya ada kwashiorkor atau kekurangan protein.



Mengarut lagi di situ.Aaaa...macam ni actually.Kan kena p HSR for 2 weeks,tp aku blk time wiken tu sbb ada dinner kolej.Hihi...So Jumaat malam tu,kami plan la utk sambut birthday Zatil sbb birthday dia 13 hb 1 baru ni.Amboi,dah 24 thn hang Til.Kami muda lagi.Weeeee :D



Sebenarnya mmg ada plan senyap2 nak buat surprise kat dia.Konon2 ajak la p makan luar,aduh,xlarat nak makan kat mak yong.Mesti xtau nak order apa klu makan kt mak yong.Tp x bermaksud x makan lgsg kat cafe kolej tu...


Pastu kami ni punya la dok jaga2 takut terkantoi.So,plannya cmni.Aku,Mar,Muzu,Tinesh and Gym plan konon2 nak makan KFC yg ditapau di bawah rimbunan pohon2 yg rendang di tasik titiwangsa kat bahagian belakang atas tu.Ala,yg disirami cahaya lampu jalan tuh.Tp selepas memikirkan kemungkinan cangkerik dan unggas2 yg mungkin akan turut menjamah KFC tu,kami pun xjadi la nak makan kat tasik.Last2 makan kat KFC jugak(padahal tukar saat akhir sbb ujan,almaklumla tasik tu kan open air).


Okeh,lps tu,sampai KFC plak nampak Gym and Tinesh,then buat2 bertegur sapa n tak sangka jumpa kat sini.Konon2 nak ajak makan semeja la kan.Til time ni had no clue at all.Hihi...Rancangan menjadi so far.Then,tetiba hujan lebat plak.Kek tu sbnrnya nak makan dlm KFC jugak,tp sbb baru nak jamah KFC dah hujan lebat,makanya kek yg ada dlm motor tu kena la pindahkan kat dlm keta.Hihi..


Last2 p balik makan kat Ibnu Sina kat kolej saja.Ibnu sina ni kira mcm lounge utk students la,utk buat study grup or meeting etc.(guna lounge yg xtahan tu).



Then,sampai2 sana,after Zatil siapkan urusan photostat borang maklumat diri SPA tu,kami pun menjerit ....





"SURPRISE"



And aku rasa mmg dia surprised pun.So,kami berenam pun makanla dengan lahapnya kek coklat tu tanpa mengiraukan perut yg masih kenyang disumbat snack plate KFC.Hihi...



Lebih kurang mcm tu la ceritanya.Ada lagi benda pastu,tp malas plak nak cerita.Yg penting murah rezeki,ada plak org mai bagi bihun goreng and air teh tarik.Mmg rasa macam nak posa esok tu sbb penuh perut!




Actually,nak upload gambar tapi xbleh plak.Internet kat kolej ni tgh problem.Wuuu..len kali la k kalau rajin aku edit balik letak gambar.Hihi.


Oppss,lupa plak nak gtau.Actually,time birthday zatil yg sebenar2nya tu,kami tgh on-call kat Slim River.Nasib baikla ada makanan on-call.So,kira tu lah kami punya makanan utk celebration.Hiiiii..



*********************************************************

Okeh,kali ni nak bercerita ttg mak i punya birthday plak.My mom's birthday jatuh pada 15hb 1. 2 hari selepas Zatil's la kiranya.


So,di sini K.ngah nak ucapkan



Happy Birthday To My Beloved Mom

dengan ucapan,

Semoga maintan awet muda ! Hehe..taklah.Semoga sihat walafiat selalu,panjang umur dan terus-menerus mendoakan yg terbaik utk anak2 mak ni.Dan semoga k.ngah lulus exam dan boleh balas jasa mak abah (eh,ni ucapan utk sapa?)


Okeh,mak punya birthday,nnt kita sambut kat rumah time CNY ni,k?


:P
0

Comel kan?

0

Amboi lama tak dengar berita~


Cakap dgn diri sendiri ja (tajuk kat atas tu).

Salam.Lama betul xberjumpa kan? Uish,mmg rindu nak blog sbnrnya,tp tu lah.Masa x mengizinkan.Lg 8 minggu nak professional exam,takut owh ! Pro exam ni nak menentukan samada students dah layak betul2 nak jd doctor.Ya lah,nak treat org sakit,xkan x 'pro' plak kan.


Semoga semua readers turut doakan supaya kami kat sini semangat utk study utk mencapai kegemilangan,Amin.


Okeh,berbalik kpd real life,skrg ni aku kat Paediatrics posting.Posting last dah ni.Sama mcm posting lain,akan ada kat sini 7 minggu.Wow,cepat betul masa berlalu.Rasa mcm baru ja masuk 1st posting,O&G.Tup tup,dah final posting.


Utk posting Paeds ni,kami dikehendaki menjadi Pre-registered House Officer or better known as PRHO.So apa yg kena buat time ni?Mcm biasalah,everyday ward round kena present,round ada pagi dan petang.So klu new case present panjang2,kalau old case,present updates patient la.Kira mcm since admission,fever dah improve or x mcm tu lah.Kira kita kena review patients b4 Prof sampai.Aku dapat module coordinator,Prof RJ yg sungguh baik hati.Every week ada 2 teaching sessions.Pastu akan buat mini clinical examination skali.



So,this week,aku jd PRHO.On-call 2 kali,hari Ahad (2/1) n Khamis (6/1).Boleh tahan jonah jugak.Ada 14 admissions semuanya dlm masa 2 kali on-call tu.Nasib baik lah ada jugak patient yg masuk pkl 1-2 pagi tu tgk2 patient team lain.Yeeha,xpayah cover.Tp makin lama makin seronok sbb rasa rajin skit utk clerk n present.Kalau tak,agak malas gak sbnrnya aku ni.Haha..



Posting ni syok,sbb bleh main dgn budak2.Tp minggu ni ada outbreak H1N1 plak kat dlm ward.



Semalam (Khamis) ada mini-cex tu lah.Aku dpt patient spastic quariplegic cerebral palsy(CP).Huhu..kena buat lower limb examination.Dr segi examination tu,igt lah jugak,tp dr segi psl CP tu,dah lupa dah.Kuang3.Igt nak mintak buat kes lain,tp Prof amik gak kertas tu,harap2nya lulus lah.


So,next week dah kena g Slim River selama 2 minggu.Harap2 best lah.Hihi..Oklah,tu ja kot nak update sblm g Slim River.Bye :D



p/s : Rasa2nya logbook tu bleh dibuat sbgi guide,tp bukan tool to assess students lah.Sbb tak semua jujur dgn logbook.Tambah2 kalau yg malas ke kelas dpt markah tinggi sbb logbook 'banyak prosedure' yg dia buat.Tak aci la kan?Aiyoo..



Btw,nak tunjuk skit gambar seminggu yg lps time g makan ramen.Duit dah nak abis.Sobs.Sem ni xpandai simpan duit agaknya.





So apa lg,sila lah klik nuffnang ads kat sebelah kanan atas tu :P

Thanx in advance.Hihi..

0

Happy New Year

Happy New Year everyone.

This year,everyone will be 1 year older.

I'm 24 (according to year,not birth date)

Pravs J - New Year Wishes