Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

Selamat Hari Raya

Lama dah x update.busy dgn keja

Tp masih xterlambat kan utk wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :-9





posted from Bloggeroid

0

Happy birthday

Happy birthday to me
Hihi..24 tahun dah wey. :-))


posted from Bloggeroid

0

Trip To Korea 1


Assalamualaikum semua.Lama kan tak update blog? Macam la ada orang kisah.Hehe..

Last entry pasal professional exam kan? Tu la,pastu malas plak nak update blog padahal everyday dok baca blog kat list “I stalk their blogs” tu.And b4 exam tu banyakkkkk gila benda nak update.Siap amik gambar utk upload tapi nampaknya kemalasan tu mengatasi segalanya.

Okeh,skrg ni nak cerita skit pasal Trip To Korea hari tu.Aku g Korea dgn 2 org lagi kawan,iaitu Fiza dan Fatimah a.k.a Tem.Kami sebenarnya dah book tiket ni lama dah pun,time 1st day AirAsia.com launch tiket ke Korea.Tapi kami book lambat skit,ptg or malam skit tak ingat dah.Book tahun lepas lagi,4 Ogos 2010.Kira mmg plan siap2 dah dgn geng yg suka tgk K-drama ni.Hehe..Tiket kami dapat return tix harganya rm990 including tax and baggages and meals dah ni.Kira murah gak tu.Tp kena pandai cari tarikh la kan.

Ok,berbalik kepada cerita Korea.Before g sana,mmg kami 3 org kerap berbincang pasal Korea kat inbox masing2. Tiga org dok bincang pasal hostel/hotel dan tempat yg best utk kami lawati.Thanx to kamu yg membantu,esp Tem : ) Dan apa yg menariknya utk mesej kami tu,tajuknya ialah Trip To Meet Lee Min Ho.

Ok,let’s get down to the real business.Setelah kami semua lulus pro exam hari tu,maka agenda utk cari tempat2 utk dilawati dimulakan.Berbekalkan map dan travel guidebook yg dipinjamkan oleh Al Haffeez,kami pun list down siap2 tempat yg must go lah orang kata.Siap list utk 15 hari.

Banyak sebenarnya proses kalau nak cerita ni.Tapi takpa,kita teruskan dengan hari 1 di Korea lah k.Day 1 tu kami bertolak dari LCCT Kuala Lumpur ke Incheon International Airport pada pukul 1.25 tgh hari.Perjalanan amik masa 8 jam,tapi sampai sana awal la.So far,walaupun mungkin tak selesa macam flight lain,tapi AirAsia selalu gak sampai awal,tu la kot one of the advantages of choosing AirAsia.Sampai kat Incheon Airport dah malam.Dah siap claim baggage semua,kami pun cari port nak jamak Maghrib dan Isyak.Oh,lupa nak bgtau,jamak Zohor dan Asar pun buat siap2 atas flight.Dah siap jamak ta’khir,kami pun lepak2 sambil tgk TV kat airport.Canggih gila,Samsung LED TV plak tu.Mmg best lah ! Pastu kami g beli T-money kat 7-Eleven kat situ.T-money ni macam Touch ‘n Go la,semua public transport guna T-money ni.Topup siap2 10000 won,senang nak jalan nanti.Sambil tgk TV,sambil makan Nasi Impit dan serunding yg bawak dari Malaysia.Time tu sbnrnya almost pkl 10 malam,tapi kalau nak p hostel dah amik masa sejam lebih,so rugi la kan kalau book hostel for 1 night.So,kami decide tidur kat airport ja la,esok awal pagi bertolak ke hostel.Amik giliran plak tidur,sbb kena jaga beg jugak.Tapi aku dok layan TV,sbb banyak iklan ada Lee Min Ho dan Lee Seung Gi.Haha..

Rupa T-money

Outside airport

Inside airport


Esok pagi tu,dalam pkl 6 lebih kot kami bertolak ke hostel.Okla,dalam pkl 8 sampai ke Jongno 3(sam)-ga iaitu tempat hostel kami.Nama dia Seoul Hostel.Banyak dapat review baik daripada tourists,that’s why kami pilih situ.Lagipun tempat dia strategik,tengah2 bandar Seoul.Nak naik subway amik masa 5 minit ja by walking.Sampai kat exit 7,Ya Allah,beratnya beg nak angkat naik tangga ! Beg Temm paling berat,nasib baik ada ahjussi baik hati tolong angkat sampai atas.Pastu dah naik atas,sesat plak nak cari hostel.Haha..siap tanya pak cik jual sayur,mamat Korea yg tengah smoking sambil berbaju kerja dan unnie (kakak) yg kerja kat Tteok Museum.Last skali jumpa jugak. Pasal hostel ni,best sbb ada wireless free,lobby yg ada 3 komputer (aku adalah pelanggan tetap komputer ni,pasal aku tak dak smartphone),air nescafe 3-in-1 yg bleh diambil banyak mana dan bila2 masa pun,ada microwave,hairdryer,towel,toothbrush,sabun dan syampu free.Cuma laundry dia kena bayar,5000 won per laundry bag.Kami book double room,which means ada queen-sized bed and dapat 1 toto utk tidur kat bawah utk 1 org.Lantai dia dah ada built-in heater,best2 sebab sana sejuk lagi.Time kami p tu tengah interchange season from winter to spring.

Our hostel


Sampai sana,sambung tidur konon2 jet-lagged padahal Korea awal sejam ja dari Malaysia.Bangun2 mandi siap2 and terus semayang jamak siap2 before keluar dan get familiarised with tempat2 sekeliling.Zohor kat sana masuk pkl 12 tgh hari camtu,so senang la trus keluar.Ni kira baru betul2 Day 1 la kat sana.Kami pun jalan2 kat area Jongno-gu tu dan sampai ke Tteok Museum balik dan sembang2 dgn unnie yg baik tadi dan singgah kat 1 kedai cenderamata ni.Siap sembang2 pasal Korean drama dengan cashier dia.Lagipun,kami ja customer yg ada time tu.Hehe..Jalan lagi sampai kat depan Chandeokgung Palace,amik2 gambar skit dan jalan lagi.Jumpa plak Unhyeongung Palace,entrance masuk hanya 700 won (kira rm2.10 la kat Malaysia ni).Nak senang kira currency sini kena darab 3 sbb 1000 won = rm2.80-2.90 .so nak senang darab 3 la kan.Then,kami perasan bleh pakai Hanbok ( baju traditional Korea tu) dgn harga 3300 won.So,apalagi,peluang yg baik jgn dilepaskan :D

Dalam Unhyeongung Palace

Wearing Hanbok


Kat dalam tu,mmg ambil gambar banyak2 sbb risau kot2 lepas tu tak berpeluang lagi pakai Hanbok.Tapi yg tak best nya tak bleh pilih kaler,dia amik ja ikut saiz badan kita dengan baju yg ada.Jumpa plak tourist gak tapi locals la,dari Busan.Sembang2 skit.Bagus gak depa ni,pandai gak cakap English walaupun cho-goom (sikit).

Then,kami naik bas ke Lotte Young Plaza utk g ke Namdaemun Market.Saja amik feeling naik bas macam dalam drama korea tu kan.Lagipun,bas dia special skit,tambang tak kisah la g mana pun hanyalah 1000 won.Tapi aku perasan ada lagi kot kena bayar 700 won tapi utk g mana aku tak sure.

Dah sampai Namdaemun Market,jalan2 then jumpa ramai gak penjual yg bleh cakap Melayu or to be exact,cakap Indon.Hee..kami pun ada beli strawberry yg berharga 4000 won.Strawberry kat sini besar2,dah la manis,banyak dan murah plak tu.Then,ada ahjussi ni,dia jual kkultarae,sejenis makanan tradisional depa,yg made of cornflour, honey dan filling dia ada banyak jenis iaitu almond,peanut dan chocolate.Sedap gak,tapi sekotak 5000 won.Tak beli pun.Pastu jalan2 sampai malam dan sejuk,maka aku pun sempat membeli gloves yg berharga 4000 won jugak,tu pun after tawar.Kena tawar gak kat sini.Kena cakap ‘Sage halchuseyo’=Bagi la murah skit’.Hehe.Fiza sempat beli winter coat kat sini.Pastu naik bas dan balik ke hostel.Sampai2 terus minum Nescafe dan makan Maggi.Pastu sambil tgk TV (ada tayang Secret Garden balik),sambil semayang dan tunggu turn utk mandi ).Then tidur,kroh kroh..Okay,tu saja utk Day 1.Banyak kan? Tunggula penat taip ni,nanti update plak utk day 2 dan selebihnya.Tapi tak buat dah kot 1 day 1 entry.Jenuh nak buat 15 entry kalau macam tu.OK,bye :)

Kkultarae

Dah tengok iPhone 4 kaler putih yg baru? Cun gila !

0

Alhamdulillah,praise be to Allah

Alhamdulillah.Td pukul 4 ptg bertempat di Galeri HUKM,Dekan telahpun announce nama student yg pass setiap sorang.Takut and nervous gila nak tunggu nama sendiri.


Dengar2 number matrik dan nama disebut,trus bertambah2 lagi air mata kegembiraan dan kesyukuran


Syukran Ya Allah.Kami semua LULUS !!!!

5 tahun berjuang,akhirnya habis juga.


Terima kasih banyak2 kepada semua kawan2 yg terlibat dlm kejayaan ini.Dan juga to all lecturers tercinta.I love you my lecturers ;)

Dan juga kpd Mak Abah yg tak putus2 doa kat K.Ngah.Dan all my siblings juga.Love you all ! :)



Kami berjanji akan menjadi doktor yg baik


Dari : Dr Nurhafizoh Md Hussin,MD UKM.



0

Pre-graduation dinner


1 day after the professional exam,kami ada dinner utk final year medical students (26 March) bertempat di Subang Empire Hotel kat Empire Gallery.

Tarikh : 26 Mac 2010
Tema : Costume party
Masa : 8-11.30 malam


Dengan tak ada food testing dan pelbagai cabaran in organising the dinner,I must say dinner ni adalah the best dinner in medical school.

Dahla ballroom lawa,dia punya ceiling tu mcm tunnel kat Aquaria,then ada tukar2 kaler.Memang cantik lah ! Kami punya makanan harga dlm RM75++ n total semua rm87.Duit yg selebihnya beli hadiah utk setiap org dan jugak cabutan bertuah.Alhamdulillah,cukup lah duit tu.


So,tgk gambar ja la ok x?

Aku and Ojie


Hanim and Til

Our new dean a.k.a my short case examiner tgh berucap

Muzu dan Mar

Appetizer : Soto Ayam Berempah yg sedap
Makanan yg sedap

Prof Jamil (lecturer O&G) yg cool tgh nyanyi lagu Sweet Child Of Mine (kena prank sbnrnya,tp sgt terer menyanyi !! )

Our ex-dean yg cool juga nyanyi lagu 'Tiada Lagi' by Amy Search

With Prof Faizah (Anatomy) dan Dr JKM
With Prof Karis (left) and Prof Raymond (beside me)

With Prof Fauzi (bertopi merah),our respiratory physician

With Miss Saladina,our Endocrine and Breast Surgeon
With Prof Shahrir,our feisty rheumatologist

With Harry Potter

With Sarah's clan
Our posting mate-cuba tgk Aladdin tuh.
Naddy ,I look so short beside you
With Steve,banduan terlepas
With Loong (baju oren Psycho Ward) dan Looi (Robin Hood)
With pasangan yg bakal berkahwin-maharaja dan maharani Cina
Princess,Vampire and some anime guy.Hehe..

Kanit from the medieval age


Okay lah,dah la tu sikit2.Hehe..penat plak nak upload.Amacam,cantik tak ballroom dia?Cantik kan?

Gambar ni ada yg amik dari kamera DSLR Canon Auji dan ada yg kamera Sony aku.Kalau xpuas tgk,please click to enlarge.

Ok,get ready nak smyg Subuh.Skrg dah pkl 6.02 minit.Ya,hari ni saya terjaga awal.pkl4+ dah terjaga,almaklumlah,hari ni result exam pro dah keluar.

Doakan kami semua berjaya.Takutnya.
0

Professional Exam

Alhamdulillah dah habis exam.Exam kami start 14 hingga 25 March.Tp aku punya dah habis 21 march lg.Sebabnya 1st week tu theory and 2nd week skrg ni clinical exam.

So for clinical exam kami dibahagikan kpd groups kecil sbb kami semua kan ada 224 orang.Tak ke ramai klu nak buat dlm masa sehari?

Okaylah,meh nak cerita skit pasal exam kali ni.


Dah setaun tak exam besar,sbb kami ada exam kecik ikut posting,ada mini clinical examination etc..So rasa awkward skit.Hihi..


Exam on 14th tu start with Unmanned OSCE.Ada 20 stations semuanya,each 5 minutes.
Macam biasa ada yg bleh jawab,ada yg xbleh jawab.Biasalah,kalau aku cerita kat sini keluar apa,mesti hampa rasa,alaa yg tu pun xbleh jawab ka? Tapi dgn masa 5 minit tu,nak baca soalan lagi,pikir lagi,interpret CT scan lg,bla3 mmg xsempat sgt pun.Ada contoh soalan CT scan tu,aku punya la dok cari epidural/subdural hemorrhage or infarct sb patient presented with occipital headache bla3..sekali lps habis exam baru tau budak2 ni cakap jwpnnya Subarachnoid hemorrhage.Erkk,serius tak terpikir nak tgk SAH,padahal dok study dah b4 that psl finger-like projections.Risau jugak,aku jawab entah apa2.Harap2 kumpul markah semua pass la.Btw,unmanned OSCE ni accounts for 20% for all exam.Banyak jugak kan?


Ok,2nd day kami ada Key Features Question a.k.a macam essay lah jugak.Eh,bukan.More towards soalan subjektif.Time ni keluar soalan Medicine (4 soalan),Paeds (4 soalan ) dan Psychiatry (2 soalan).boleh tahan banyak soalan,masa yg ada hanya 2 jam setengah.Dia bahagikan masa,jawab medicine dulu 1 jam,then dia kutip paper,then only dia bagi Paeds for another hour.Pastu Psy plak 30 minit.Dalam semua soalan tu,rasa paling bleh jawab pun Psy lah.Hihi...


3rd day plak KFQ lagi,soalan O&G,Surgery dan Ortho.Sama jugak macam atas.Tapi aku nak bgtau soalan time ni aku rasa susah.Actually,bukanlah susah gila cuma soalan banyak yg x expect.Ingatkan soalan psl nak sediakan kami jd HO,tp byk soklan (O&G) especially yg mcm nak jadikan MO ja.Haha..no offense,just pendapat aku ja ni.Sbb apa aku cakap camtu? Sbb keluar pasal ECV,you know.External Cephalic Version.macam mana nak buat,prepare patient bla2.Erkk..soalan simple ja,tp tak sangka la kan,ingatkan bukan HO yg buat ECV tak gitu?Pastu ada la obs emergency psl cord prolapse apa suma tu.Boleh la jawab,tapi ayat sendiri paham la,bukan ayat sedap mcm dalam buku.Hihi..Ya.lagi satu,Ortho,ingatkan banyak keluar trauma.Sekali kluar yg simple skit,Ganglion Cyst and Shoulder pain.Tahun ni banyak kluar shoulder nampak,dah la clinical exam dapat shoulder examination jugak.



The next day ada One Best Answer (OBA) dan Extended Matching Items(EMI),dia bahagikan ikut hari jugak,Medicine,Paeds,Psy,Anaes,Fam Med and Emergency Medicine.Hmmm..soalan mmg susah bagi aku sbb nama pun One Best Answer so semua jawapan betul,cuma dia nak yg mana MOST immediate,MOST appropriate,diagnostic and confirmative and so on.Ada satu soalan ni pasal PCM poisoning,dia bg patient tu present after 4 hours of ingestion kot,eh tak sure tak ingat sgt soalan dia.pastu dia tnya kat A&E apa yg most initial management to be done,semua ada,activated charcoal,gastric lavage,N-acetylcysteine tapi sbb kan masa kat atas tu la,maka kena lah pilih jawapan yg terbaik.Pastu ada beza pulak,initial,immediate management.Erkk...


Jumaat tu plak sama ja ada OBA and EMI tp lg 6 posting jugak lah..Lupa nak bgtau,kertas soalan kami tu kat depan ada tulis approved by ISO,UKAS,International apa ntah.Tp ntahlah,soalan bkn la susah gila2 still undergrad level lah,cuma nak kena jawab 60 soalan yg panjang2 dalam masa 2 jam.2 soalan dah penuh 1 page.Ibarat berjumpa 60 patients dlm masa 2 jam.Dah tu,ada 1 soalan tu tnya pasal 3 patients.



Okay,pastu sedia pulak pasal clinical exam.Berdebar-debar tunggu nama keluar,dapat hari apa lah.Utk clinical exam ni kan ada seminggu,so setiap sorg akan dapat 1 hari ja utk exam sbb pagi ada 1 long case and petang ada 4 short cases.

Long case = amek history and buat physical examination dalam masa 45 minit pastu prepare 15 minit (tak boleh tgk patient dah) and jumpa 2 examiners 30 minit.Kira ala2 VIVA jugak lah.

Short cases : Tengoklah soalan dia macam mana.Ada 4 short cases semuanya.


Untuk long case,aku dapat case yg simple ja tak sesusah orang lain,case Acute Coronary Syndrome,tapi byk masa habis time history sbb patient tu ada 4 episodes of chest pain.Nak tanya psl uncontrolled DM dia lg semua,tinggal 14 minit baru nak start buat PE.Mmg tak sempat la nak check Cranial Nerve kan.Aku dapat Prof Datin Dr Norella Kong (senior consultant nephrologist) dan Dr.Khaldun Ismail (Emergency Department).Datin sgt baik,banyak tanya soalan,tapi aku yg neves.Hahaha..Jawab pun neves,biasala tu tgh stress.


Utk short case pulak,aku dapat case O&G (pasang CTG kat patient and interpret),yg stesen ni okaylah kot.Tapi nak psg cardio punya tu,mula2 jumpa dah bunyi jantung baby,then hilang,cari2 sampai ke sudah tak jumpa.Memandangkan nak habis dah masa,maka aku pun cakap dgn Dr nak proceed dgn interpretation of CTG.Maka yg CTG tu aku pasang Toco sahaja,bencinya sbb tak jumpa jantung baby,lgpun patient tu 30 weeks POA,time palpate baby gerak actively.

Then,stesen seterusnya dpt case retinal detachment.Yg ni malas nak komen apa2,aku mcm nampak flame-shaped hemorrhage/dot/blot hemorrhage.Aku harap dapat markah teknik buat pun okaylah.


Okay,3rd station dapat Scleroderma,kena examine hand.Dapat Prof Raymond,our new dekan.Sangatlah understanding yg kami ni tgh exam smpi tak terkeluar words yg selalu dok present tuh.Oklah kot.


Last station dapat shoulder examination (Ortho),Prof Hassan wey.Terkejut gak nampak dia,takut.Tapi buat muka yakin and terus examine.Nasib baik dapat diagnosis,rotator cuff tear kot.


Yg penting,sangat2 bersyukur exam dah habis.So skrg ni mmg tgh bertawakkal.Harap2 kami semua lulus.Dear doctor,tolong passkan kami.Kami berjanji akan jadi Dr yg baik,safe,competent and holistic mcm apa yg Dr dah ajar kami,Insyaallah.


p/s : Nasib baik gak dapat 1st day,dgr kata yg dpt subsequent days lg dahsyat,esp short case,siap suruh perform ERPOC,suruh call Dr informing pasal Uterine scar rupture.O&G so far paling creative.


0

Wow !

Akhirnya dah habis exam.Semalam (Isnin) hari last exam utk aku.Syok nya dah habis.Skrg fasa utk bertawakkal.




Lama gila tak update.Tangkap gmbr bukan main byk dlm phone smpi memory full.Tp cable utk transfer tak ada pulak.Nnt la aku update banyak2 sampai muntah okay? (betoi ka?)

:D


Leganya dah abis exam !!!!!
0

Banyaknya benda menarik~

Hai.I have 3 links to share.Kindly click and check them out.

You might wonder what ChurpChurp is right?

Try tengok kat sini.Especially to bloggers.Anyone pun bleh join :)



And now tengah ada sale chocolate yang sedap.Murah.Rm15 sahaja utk 25 keping coklat dari pelbagai jenis coklat :

MAD Deal at #Pandanus.Only RM15 for 25 pieces of chocolate at #MilkADeal.Have a look.It's so yummylicious.


Dan juga try tgk cara mudah utk menang Iphone.Khusus utk lelaki.Perempuan nak klik tengok pun boleh :)

0

Terharu


Terharu apabila lecturer turut sama mendoakan kami semua lulus dgn cemerlang.

Ada jugak yg doakan lulus 100%.Amin.