Welcome,Readers !!

Dear readers,kindly drop some comments before leaving this blog,okay?
0

Professional Exam

Alhamdulillah dah habis exam.Exam kami start 14 hingga 25 March.Tp aku punya dah habis 21 march lg.Sebabnya 1st week tu theory and 2nd week skrg ni clinical exam.

So for clinical exam kami dibahagikan kpd groups kecil sbb kami semua kan ada 224 orang.Tak ke ramai klu nak buat dlm masa sehari?

Okaylah,meh nak cerita skit pasal exam kali ni.


Dah setaun tak exam besar,sbb kami ada exam kecik ikut posting,ada mini clinical examination etc..So rasa awkward skit.Hihi..


Exam on 14th tu start with Unmanned OSCE.Ada 20 stations semuanya,each 5 minutes.
Macam biasa ada yg bleh jawab,ada yg xbleh jawab.Biasalah,kalau aku cerita kat sini keluar apa,mesti hampa rasa,alaa yg tu pun xbleh jawab ka? Tapi dgn masa 5 minit tu,nak baca soalan lagi,pikir lagi,interpret CT scan lg,bla3 mmg xsempat sgt pun.Ada contoh soalan CT scan tu,aku punya la dok cari epidural/subdural hemorrhage or infarct sb patient presented with occipital headache bla3..sekali lps habis exam baru tau budak2 ni cakap jwpnnya Subarachnoid hemorrhage.Erkk,serius tak terpikir nak tgk SAH,padahal dok study dah b4 that psl finger-like projections.Risau jugak,aku jawab entah apa2.Harap2 kumpul markah semua pass la.Btw,unmanned OSCE ni accounts for 20% for all exam.Banyak jugak kan?


Ok,2nd day kami ada Key Features Question a.k.a macam essay lah jugak.Eh,bukan.More towards soalan subjektif.Time ni keluar soalan Medicine (4 soalan),Paeds (4 soalan ) dan Psychiatry (2 soalan).boleh tahan banyak soalan,masa yg ada hanya 2 jam setengah.Dia bahagikan masa,jawab medicine dulu 1 jam,then dia kutip paper,then only dia bagi Paeds for another hour.Pastu Psy plak 30 minit.Dalam semua soalan tu,rasa paling bleh jawab pun Psy lah.Hihi...


3rd day plak KFQ lagi,soalan O&G,Surgery dan Ortho.Sama jugak macam atas.Tapi aku nak bgtau soalan time ni aku rasa susah.Actually,bukanlah susah gila cuma soalan banyak yg x expect.Ingatkan soalan psl nak sediakan kami jd HO,tp byk soklan (O&G) especially yg mcm nak jadikan MO ja.Haha..no offense,just pendapat aku ja ni.Sbb apa aku cakap camtu? Sbb keluar pasal ECV,you know.External Cephalic Version.macam mana nak buat,prepare patient bla2.Erkk..soalan simple ja,tp tak sangka la kan,ingatkan bukan HO yg buat ECV tak gitu?Pastu ada la obs emergency psl cord prolapse apa suma tu.Boleh la jawab,tapi ayat sendiri paham la,bukan ayat sedap mcm dalam buku.Hihi..Ya.lagi satu,Ortho,ingatkan banyak keluar trauma.Sekali kluar yg simple skit,Ganglion Cyst and Shoulder pain.Tahun ni banyak kluar shoulder nampak,dah la clinical exam dapat shoulder examination jugak.



The next day ada One Best Answer (OBA) dan Extended Matching Items(EMI),dia bahagikan ikut hari jugak,Medicine,Paeds,Psy,Anaes,Fam Med and Emergency Medicine.Hmmm..soalan mmg susah bagi aku sbb nama pun One Best Answer so semua jawapan betul,cuma dia nak yg mana MOST immediate,MOST appropriate,diagnostic and confirmative and so on.Ada satu soalan ni pasal PCM poisoning,dia bg patient tu present after 4 hours of ingestion kot,eh tak sure tak ingat sgt soalan dia.pastu dia tnya kat A&E apa yg most initial management to be done,semua ada,activated charcoal,gastric lavage,N-acetylcysteine tapi sbb kan masa kat atas tu la,maka kena lah pilih jawapan yg terbaik.Pastu ada beza pulak,initial,immediate management.Erkk...


Jumaat tu plak sama ja ada OBA and EMI tp lg 6 posting jugak lah..Lupa nak bgtau,kertas soalan kami tu kat depan ada tulis approved by ISO,UKAS,International apa ntah.Tp ntahlah,soalan bkn la susah gila2 still undergrad level lah,cuma nak kena jawab 60 soalan yg panjang2 dalam masa 2 jam.2 soalan dah penuh 1 page.Ibarat berjumpa 60 patients dlm masa 2 jam.Dah tu,ada 1 soalan tu tnya pasal 3 patients.



Okay,pastu sedia pulak pasal clinical exam.Berdebar-debar tunggu nama keluar,dapat hari apa lah.Utk clinical exam ni kan ada seminggu,so setiap sorg akan dapat 1 hari ja utk exam sbb pagi ada 1 long case and petang ada 4 short cases.

Long case = amek history and buat physical examination dalam masa 45 minit pastu prepare 15 minit (tak boleh tgk patient dah) and jumpa 2 examiners 30 minit.Kira ala2 VIVA jugak lah.

Short cases : Tengoklah soalan dia macam mana.Ada 4 short cases semuanya.


Untuk long case,aku dapat case yg simple ja tak sesusah orang lain,case Acute Coronary Syndrome,tapi byk masa habis time history sbb patient tu ada 4 episodes of chest pain.Nak tanya psl uncontrolled DM dia lg semua,tinggal 14 minit baru nak start buat PE.Mmg tak sempat la nak check Cranial Nerve kan.Aku dapat Prof Datin Dr Norella Kong (senior consultant nephrologist) dan Dr.Khaldun Ismail (Emergency Department).Datin sgt baik,banyak tanya soalan,tapi aku yg neves.Hahaha..Jawab pun neves,biasala tu tgh stress.


Utk short case pulak,aku dapat case O&G (pasang CTG kat patient and interpret),yg stesen ni okaylah kot.Tapi nak psg cardio punya tu,mula2 jumpa dah bunyi jantung baby,then hilang,cari2 sampai ke sudah tak jumpa.Memandangkan nak habis dah masa,maka aku pun cakap dgn Dr nak proceed dgn interpretation of CTG.Maka yg CTG tu aku pasang Toco sahaja,bencinya sbb tak jumpa jantung baby,lgpun patient tu 30 weeks POA,time palpate baby gerak actively.

Then,stesen seterusnya dpt case retinal detachment.Yg ni malas nak komen apa2,aku mcm nampak flame-shaped hemorrhage/dot/blot hemorrhage.Aku harap dapat markah teknik buat pun okaylah.


Okay,3rd station dapat Scleroderma,kena examine hand.Dapat Prof Raymond,our new dekan.Sangatlah understanding yg kami ni tgh exam smpi tak terkeluar words yg selalu dok present tuh.Oklah kot.


Last station dapat shoulder examination (Ortho),Prof Hassan wey.Terkejut gak nampak dia,takut.Tapi buat muka yakin and terus examine.Nasib baik dapat diagnosis,rotator cuff tear kot.


Yg penting,sangat2 bersyukur exam dah habis.So skrg ni mmg tgh bertawakkal.Harap2 kami semua lulus.Dear doctor,tolong passkan kami.Kami berjanji akan jadi Dr yg baik,safe,competent and holistic mcm apa yg Dr dah ajar kami,Insyaallah.


p/s : Nasib baik gak dapat 1st day,dgr kata yg dpt subsequent days lg dahsyat,esp short case,siap suruh perform ERPOC,suruh call Dr informing pasal Uterine scar rupture.O&G so far paling creative.


0 comments:

Post a Comment