Lama betul tak menjenguk ke blog ni.Kadang2 jenguk jugak,cuma malas nak update.Rasa mcm rugi masa n makin xdak idea nak update apa.Padahal boleh ja berjam2 mengadapa laptop dok baca blog orang lain.Lately,asyik baca blog yg ada resepi2,menitik ayaq lioq abih aih ! Rasa nak buat bila balik rumah.Tadi jumpa resepi bread butter pudding,mcm menarik ja.Tgk la if rajin nak balik buat time raya cina ni.Hehe...
Okeh,berbalik kepada tajuk kita,birthday wishes ya.
Haaa..nak dijadikan cerita,sebenarnya aku ni baru ja balik dari Hospital Slim River.Kena posting kat situ 2 minggu.Menarik weh,banyak orang asli kat situ.Free ja aku belajar bahasa orang asli.Dan time ni jugak aku belajar Z-score specific utk org asli yg kebanyakannya ada kwashiorkor atau kekurangan protein.
Mengarut lagi di situ.Aaaa...macam ni actually.Kan kena p HSR for 2 weeks,tp aku blk time wiken tu sbb ada dinner kolej.Hihi...So Jumaat malam tu,kami plan la utk sambut birthday Zatil sbb birthday dia 13 hb 1 baru ni.Amboi,dah 24 thn hang Til.Kami muda lagi.Weeeee :D
Sebenarnya mmg ada plan senyap2 nak buat surprise kat dia.Konon2 ajak la p makan luar,aduh,xlarat nak makan kat mak yong.Mesti xtau nak order apa klu makan kt mak yong.Tp x bermaksud x makan lgsg kat cafe kolej tu...
Pastu kami ni punya la dok jaga2 takut terkantoi.So,plannya cmni.Aku,Mar,Muzu,Tinesh and Gym plan konon2 nak makan KFC yg ditapau di bawah rimbunan pohon2 yg rendang di tasik titiwangsa kat bahagian belakang atas tu.Ala,yg disirami cahaya lampu jalan tuh.Tp selepas memikirkan kemungkinan cangkerik dan unggas2 yg mungkin akan turut menjamah KFC tu,kami pun xjadi la nak makan kat tasik.Last2 makan kat KFC jugak(padahal tukar saat akhir sbb ujan,almaklumla tasik tu kan open air).
Okeh,lps tu,sampai KFC plak nampak Gym and Tinesh,then buat2 bertegur sapa n tak sangka jumpa kat sini.Konon2 nak ajak makan semeja la kan.Til time ni had no clue at all.Hihi...Rancangan menjadi so far.Then,tetiba hujan lebat plak.Kek tu sbnrnya nak makan dlm KFC jugak,tp sbb baru nak jamah KFC dah hujan lebat,makanya kek yg ada dlm motor tu kena la pindahkan kat dlm keta.Hihi..
Last2 p balik makan kat Ibnu Sina kat kolej saja.Ibnu sina ni kira mcm lounge utk students la,utk buat study grup or meeting etc.(guna lounge yg xtahan tu).
Then,sampai2 sana,after Zatil siapkan urusan photostat borang maklumat diri SPA tu,kami pun menjerit ....
"SURPRISE"
And aku rasa mmg dia surprised pun.So,kami berenam pun makanla dengan lahapnya kek coklat tu tanpa mengiraukan perut yg masih kenyang disumbat snack plate KFC.Hihi...
Lebih kurang mcm tu la ceritanya.Ada lagi benda pastu,tp malas plak nak cerita.Yg penting murah rezeki,ada plak org mai bagi bihun goreng and air teh tarik.Mmg rasa macam nak posa esok tu sbb penuh perut!
Actually,nak upload gambar tapi xbleh plak.Internet kat kolej ni tgh problem.Wuuu..len kali la k kalau rajin aku edit balik letak gambar.Hihi.
Oppss,lupa plak nak gtau.Actually,time birthday zatil yg sebenar2nya tu,kami tgh on-call kat Slim River.Nasib baikla ada makanan on-call.So,kira tu lah kami punya makanan utk celebration.Hiiiii..
*********************************************************
Okeh,kali ni nak bercerita ttg mak i punya birthday plak.My mom's birthday jatuh pada 15hb 1. 2 hari selepas Zatil's la kiranya.
So,di sini K.ngah nak ucapkan
Happy Birthday To My Beloved Mom
dengan ucapan,
Semoga maintan awet muda ! Hehe..taklah.Semoga sihat walafiat selalu,panjang umur dan terus-menerus mendoakan yg terbaik utk anak2 mak ni.Dan semoga k.ngah lulus exam dan boleh balas jasa mak abah (eh,ni ucapan utk sapa?)
Okeh,mak punya birthday,nnt kita sambut kat rumah time CNY ni,k?
:P
2 comments:
Salam.
Tungguin gue balik dulu ke rumah cuti summer ini, baru kita sambut sama-sama birthday mak.
Gue lagi kepingin mau makan kek di Malaysia. Kek-kek di sini lagi enggak halal. Harus dibuat sendiri aja kalau mau makan kek.
Y___Y
makan aja Haagen Daz.hehe..sedap jugak tu..
Post a Comment